Empat varian ditawarkan dengan harga jualan bermula 59,900 hingga 69,900 yuan, bersamaan anggaran RM39,000.00 hingga RM45,500.00, menjadikan MG5 antara sedan paling berbaloi dalam segmennya di China.

Rekaan Lebih Segar, Warna Baharu Ditawarkan
MG5 2026 mengekalkan reka bentuk fastback seperti generasi sebelum ini. Untuk facelift kali ini, dua warna baharu diperkenalkan oren dan kelabu, melengkapkan barisan warna sedia ada iaitu merah dan putih.

Bahagian hadapan menampilkan gril besar berbentuk poligon, disepadukan dengan lampu utama nipis dan penutup enjin bergaris agresif. Bahagian belakang pula hadir dengan spoiler ducktail terbina dan dua corong ekzos gaya sporty, memberikan imej lebih garang walaupun ia hanyalah sedan segmen-B.

Dimensi & Struktur Kukuh
Walaupun MG5 kekal dalam kelas sedan kompak, ia memiliki dimensi agak besar:
-
Panjang: 4,715 mm
-
Lebar: 1,842 mm
-
Tinggi: 1,473 – 1,480 mm
-
Jarak roda: 2,680 mm
Struktur badannya menawarkan ketegaran kilasan 25,866 Nm/deg dan menggunakan 65% keluli kekuatan tinggi. Enam beg udara disediakan secara standard untuk semua varian.

Dua Pilihan Enjin Petrol
MG5 2026 hadir dengan dua pilihan trenkuasa:
-
1.5L NA (naturally aspirated)
-
Kuasa: 127 hp
-
Tork: 158 Nm
-
Transmisi: CVT 8-kelajuan
-
Penggunaan bahan api: 6.38L/100 km
-
Kelajuan maksimum: 180 km/j
-
-
1.5L Turbo (1.5T)
-
Kuasa: 178 hp
-
Tork: 285 Nm
-
Transmisi: DCT 7-kelajuan
-
Penggunaan bahan api: 6.45L/100 km
-
Kelajuan maksimum: 200 km/j
-
0-100 km/j: 6.9 saat
-
Tangki bahan api berkapasiti 50 liter kekal sebagai standard.

Kabin Lebih Berwarna, Teknologi Lebih Canggih
Bahagian dalaman turut menerima penyegaran, termasuk gabungan warna oren/hitam pada kabin. Reka bentuk papan pemuka kekal ringkas dengan butang fizikal masih dikekalkan di bawah skrin kawalan tengah.

Ciri menarik lain termasuk:
-
Paparan digital 12.3 inci untuk meter
-
Skrin infotainmen 12.3 inci (10.25 inci untuk varian asas)
-
Sistem audio 8 pembesar suara Hi-Fi (varian tinggi)
-
Lampu ambien 256 warna yang berubah ikut rentak muzik dan pencahayaan sekitar
-
Gabungan tempat duduk kulit dan fabrik

Ciri Keselamatan & Bantuan Pemandu
MG5 2026 turut lengkap dengan pelbagai teknologi moden:
-
Sokongan kemas kini OTA (Over-the-Air)
-
Pembantu suara berasaskan AI
-
Sistem bantuan pemanduan tahap 2 (Level 2 ADAS)


Walaupun fokus utama MG5 adalah pada gaya dan nilai berbaloi, peningkatan spesifikasi kali ini meletakkannya sebagai salah satu sedan segmen-B paling moden dan canggih dalam kelasnya sekurang-kurangnya di pasaran China.