MG7 2023 muncul di China - sedan fastback pertama di bawah 'Black Label' yang premium

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif British MG Motor yang kini dimiliki oleh syarikat China SAIC baharu sahaja melancarkan sebuah model sedan fastback serba baharu MG7.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sedan yang tampak cantik ini merupakan model pertama yang akan ditawarkan di bawah naungan 'Black Label' yang disasarkan untuk golongan pembeli muda, dan penawaran spesifikasi yang lebih premium berbanding barisan model mesra bajet MG yang lain.
 

MG7


Dimensi MG7 ini membawakan ukuran sepanjang 4,884 mm, lebar 1,889 mm, tinggi 1,447 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,778 mm, menjadikannya besar berbanding Audi A5 Sportback, namun lebih kecil berbanding model A7 Sportback.

Sebut pasal Audi, MG7 membawakan penggayaan sedan fastback yang sama macam model A5, dan dibezakan dengan pintu tanpa rangka, rekaan hud yang panjang, gril besar, spoiler jenis pop-up, unit lampu belakang melintang penuh dan empat tip ekzos yang garang.
 

MG7


Ruang kabin pula menempatkan skrin paparan bersaiz 33 inci yang menggandingkan skrin kluster digital dan skrin infotainmen di dalam satu panel tunggal, sistem audio BOSE dengan 14 pembesar suara, roda stereng jenis bawah rata, serta sistem pencahayaan ambien.

Difahamkan, ciri bumbung suria adalah standard untuk kesemua varian.

Untuk pasaran China, pembeli boleh memilih untuk mendapatkan MG7 dalam dua spesifikasi enjin.
 

MG7


Versi aras mula MG7 300 VTGI dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo menghasilkan 183 hp dan 300 Nm yang dipadankan dengan kotak gear DCT tujuh kelajuan, sementara MG7 405 VTGI didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo (254 hp/405 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik ZF sembilan nisbah kelajuan.

Kedua-dua varian merupakan sedan pacuan roda hadapan sahaja.

Setakat ini, tiada sebarang tanda harga diumumkan, namun besar kemungkinan sedan ini hanya dikhaskan penawarannya untuk pasaran China sahaja.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Hari ini, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasmi bagi harga dan tawaran menarik bagi…
Model Terbaharu
MG ZS EV terbaharu ini membawakan ciri moden elektrik pada reka bentuk grill rata dengan paten…
Model Terbaharu
Hari ini secara rasminya, jenama ikonik British, MG Motor, mengumumkan hatchback elektrik terbaharu…