MG S5 EV ditawarkan dalam dua varian utama, COM dan LUX dengan dua pilihan kapasiti bateri. Berikut adalah struktur harga rasmi dan promosi pelancaran:
Harga Rasmi MG S5 EV (Tanpa Insurans & Yuran Pendaftaran):
- MG S5 EV COM (49kWh) – RM115,900
- MG S5 EV COM Long Range (62kWh) – RM125,900
- MG S5 EV LUX Long Range (62kWh) – RM135,900
Harga Promosi Pelancaran (Diskaun RM6,000 untuk 500 Pembeli Pertama):
- MG S5 EV COM (49kWh) – RM109,900
- MG S5 EV COM Long Range (62kWh) – RM119,900
- MG S5 EV LUX Long Range (62kWh) – RM129,900
Setiap pembelian juga disertakan dengan pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma (tidak termasuk pemasangan), menambahkan nilai kepada pakej pemilikan.

Mengenai MG S5 EV, dari segi prestasi, kesemua varian dilengkapi motor elektrik dengan output 170PS dan 250Nm, digerakkan melalui konfigurasi pacuan roda belakang (RWD).
Bagi spesfikasi elektrik, pilihan bateri 49kWh membolehkan jarak pemanduan sehingga 340km (WLTP), manakala versi 62kWh memberi capaian hingga 430km.
Untuk sokongan pengecasan, varian LUX menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW, mengecas dari 10% ke 80% dalam masa sekitar 26 minit.
Dari reka bentuk luarannya, ia menampilkan lampu utama LED dengan DRL berbentuk 'racing flag' dan lampu belakang gaya ‘Arch’ MG yang tersendiri.
Di dalam Rruang kabin pula, ia dilengkapi skrin infotainmen 12.8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar, sistem MG iSMART, serta panel meter digital bersaiz 10.25 inci.

Bagi varian LUX, pengguna menerima pelbagai ciri tambahan termasuk rim aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, tempat duduk fabrik kulit berlogo MG, tempat duduk pemandu larasan kuasa, pengecas tanpa wayar, stereng kulit dengan pemanas, sistem audio enam pembesar suara, pintu belakang berkuasa serta kamera pandangan sekeliling 360 darjah.
MG S5 EV turut menawarkan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), ruang but sehingga 1,441 liter, serta susun atur bateri mendatar ultra nipis yang membantu menurunkan pusat graviti sekaligus meningkatkan kestabilan dan ruang dalaman.

Lima warna pilihan ditawarkan kepada pelanggan Malaysia: Artic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte.
Untuk perlindungan pengguna, MG S5 EV hadir dengan pakej waranti menyeluruh termasuk:
- 7 tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan
- 8 tahun / 180,000km untuk pek bateri voltan tinggi
- 8 tahun / 160,000km untuk motor dan unit kawalan
Orang ramai kini berpeluang merasai sendiri pemanduan MG S5 EV di acara “Dare to Love” oleh MG Motor Malaysia yang berlangsung di Centre Court, Mid Valley Megamall dari 20 hingga 25 Mei 2025.
Turut dipamerkan sepanjang acara adalah model MG5, MG4, MG HS serta MG Cyberster. Pandu uji tersedia untuk kesemua model kecuali Cyberster. Bagi yang berminat dengan MG Cyberster, mereka akan menerima pakej pengecasan tanpa had selama satu tahun melalui JomCharge, pengecas AC Wallbox 7kW percuma, serta model diecast edisi terhad.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati rebat tunai RM5,000 untuk MG5 dan MG HS, atau memilih MG4 dengan bayaran ansuran serendah RM974 sebulan.