Michael Jopp dilantik sebagai Ketua Jualan & Pemasaran baharu Mercedes-Benz Cars, Malaysia & SEA II

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan pelantikan Michael Jopp sebagai Ketua Jualan & Pemasaran yang baharu untuk Mercedes-Benz Cars, Malaysia & SEA II bermula 1 Julai 2019.

Pelantikan Jopp adalah untuk menyandang tugas dari Mark Raine yang telah berkhidmat selama empat tahun di Malaysia. Mark telah mengambil tugas baharu sebagai Naib Presiden Produk & Pemasaran di Mercedes-Benz Korea.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Rantau Asia Tenggara II dan MBM, Dr. Claus Weidner berkata, "Kami sangat gembira dengan kehadiran Michael Jopp kerana beliau berpengalaman dalam industri ini dan mempunyai kepakaran dalam bidang Jualan & Pemasaran. Kami yakin bahawa dia akan memimpin pasaran dan mengekalkan kedudukan kami sebagai di No.1 dalam pasaran automotif premium Malaysia. Jopp juga akan memainkan peranan utama dalam strategi pelanggan kami dan memenuhi portfolio produk kami". 

 

Jopp telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Jualan dan Pemasaran di India selama  hampir 3 tahun sebelum menyertai MBM. Antara pencapaian beliau di sana adalah berjaya menduduki ranking Kepuasan Jualan JD Power untuk Mercedes-Benz India.

 

Jopp juga merupakan tokoh penting untuk memastikan kepentingan Mercedes-Benz India dalam segmen kenderaan mewah dan telah berjaya menjadi pembuat kereta mewah paling laris untuk tempuh empat tahun berturut-turut untuk Mercedes-Benz India.

 

Beliau yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, termasuk peranan utama yang berkaitan dengan Daimler dan Mercedes-Benz di Jerman.


Jopp merupakan seorang graduan MBA dari Goizueta Business School. Antara aktiviti kegemaran beliau di masa lapang adalah bermain golf dan mengembara.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) C&C, Thomas Tok berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-…
Berita Domestik
Konsep baharu yang dipamerkan adalah untuk menunjuk komitmen CCB sebagai peneraju pengalaman mewah…