Michelin bakal bertaraf lestari pada tahun 2050

oleh SALINA JALIL|
Diilhamkan dari konsep tayar VISION yang diperkenalkan pada tahun 2017, iaitu solusi berciri tanpa udara serta bersifat lestari sepenuhnya, Michelin Group komited untuk menjadikan produk tayarnya bertaraf 100 peratus lestari menjelang tahun 2050.


Pada hari ini, hampir 30 peratus daripada komponen sesebuah tayar yang dihasilkan oleh Michelin Group adalah diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, dikitar semula atau bersifat lestari.


Tayar Michelin merupakan produk berteknologi tinggi yang merangkumi lebih daripada 200 jenis bahan.


Getah semula jadi merupakan komponen yang paling utama, di samping bahan-bahan yang lain seperti getah sintetik, logam, gentian, termasuk komponen yang memperkukuhkan struktur tayar seperti karbon hitam, silika dan pemplastik (resin, dll.).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Apabila disatukan dengan nisbah yang sempurna, bahan-bahan ini berinteraksi antara satu sama lain untuk membawakan keseimbangan yang optimum dari segi prestasi, kebolehpanduan dan keselamatan, di samping mengurangkan impak tayar berkenaan terhadap alam sekitar.


Michelin merungkaikan cara untuk membuat tayar bertaraf 100 peratus lestari


Saksikan video di bawah ini yang menunjukkan resipinya.

 

 

 

Objektif yang sedang dicapai dengan keupayaan R&D bertaraf tinggi…. 
 

Kematangan Michelin dari segi teknologi berpunca daripada keupayaan R&D, yang dibelakangi dengan 6,000 individu yang berkhidmat di tujuh buah pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia, serta mahir dalam 350 bidang kepakaran.


Komitmen yang diberikan oleh para jurutera, penyelidik, ahli kimia dan pengurusan yang telah mengemukakan hak paten ke atas 10,000 subjek paten dari segi aspek reka cipta dan pembuatan tayar. 


Mereka di belakang tabir ini telah temui resipi yang mampu menaik taraf tahap keselamatan, ketahanan, kebolehpanduan, dan pelbagai ciri-ciri prestasi tayar, di samping membantu menjadikannya 100 peratus lestari menjelang tahun 2050. 

 

 

Michelin juga sedar bahawa kepesatan dan inovasi memerlukan kerjasama dalam bentuk yang baharu, maka atas sebab inilah tercetusnya kerjasama dengan perusahaan baharu serba inovatif yang menawarkan prospek tanpa batas. 


Teknologi yang dibangunkan melangkaui dunia tayar itu sendiri dan boleh digunakan dalam pelbagai industri yang lain, lantas para penggiat industri ini juga dapat memanfaatkan bahan yang boleh diguna semula tanpa ada hadnya. 


Teknologi ini turut merealisasikan usaha untuk mengitar semula polistirena dan memulihkan karbon hitam atau minyak pirolisis daripada tayar terpakai. 


Axens dan IFP Energies Nouvelles, dua syarikat yang sedang mengetuai projek BioButterfly, telah berkhidmat bersama Michelin sejak tahun 2019 dalam pembuatan butadiena  bersumberkan bio untuk menggantikan butadiena berasaskan petroleum. 

 

Dengan menggunakan biojisim daripada kayu, sekam padi, daun, batang jagung dan sisa tanaman lain, 4.2 juta tan serpihan kayu dapat digunakan dalam pembuatan tayar Michelin setiap tahun.

 

 

Pada November 2020, usaha sama antara Michelin dan Pyrowave yang berpangkalan di Kanada mampu menghasilkan stirena daripada plastik selepas dikitar semula, iaitu plastik yang ditemui dalam pempakejan produk seperti bekas yogurt dan dulang makanan, atau dalam panel insulasi. 


Stirena merupakan monomer yang penting untuk bukan sahaja menghasilkan polistirena, malah getah sintetik untuk tayar dan pelbagai barangan yang lain. Justeru, jumlah bahan yang setara dengan 42 bilion bekas yogurt boleh dikitar semula kepada tayar Michelin setiap tahun.


Proses perintis ini dibangunkan oleh perusahaan baharu yang berasal dari Perancis, Carbios yang akan berpangkalan di lokasi Michelin mulai musim luruh tahun 2021. 


Ia menggunakan enzim untuk menguraikan sisa plastik PET  kepada bentuk monomer tulennya yang asal, yang dapat dipulihkan tanpa had serta digunakan semula untuk menghasilkan plastik PET baharu. 


Salah satu jenis plastik yang dipulihkan ini ialah gentian poliester yang digunakan dalam pembuatan tayar. Sekitar empat bilion botol plastik berpotensi untuk dikitar semula kepada tayar Michelin setiap tahun.


Akhir sekali, Michelin telah mengumumkan pada Februari 2021 bahawa ia bakal melancarkan pembinaan kilang miliknya bagi tujuan pengitaran semula tayar, iaitu yang pertama di dunia bersama Enviro. 


Syarikat Sweden ini telah membangunkan teknologi berpaten untuk memulihkan karbon hitam, minyak pirolisis, keluli, gas, dan bahan-bahan baharu lagi berkualiti tinggi yang lain daripada tayar yang telah tamat tempoh hayatnya. 


Ia dapat membolehkan seluruh bahan yang terkandung di dalam tayar ini dipulihkan dan digunakan semula dalam proses pembuatan berasaskan getah yang lain.


Michelin juga menyokong ekonomi pekeliling (circular economy), seperti yang dibuktikan melalui penyertaannya dalam konsortium BlackCycle Eropah. 


Projek ini, yang disusun oleh Michelin Group serta dibiayai oleh Kesatuan Eropah, menghimpunkan 13 rakan kongsi dari sektor awam dan swasta untuk mereka cipta proses pembuatan tayar baharu daripada tayar tamat hayat.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif kelestarian Michelin Group ini, layari laman web Michelin di sini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…