Michelin lancar Pilot Sport 5, tersedia untuk rim 17-21 inci, dari RM700-RM1,900

oleh Mohamad Hanif|
Michelin baru-baru ini melancarkan generasi kelima tayar berprestasi tinggi MICHELIN Pilot Sport 5 yang dikhususkan untuk para peminat kereta sports dan sedan berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "Michelin Pilot Sport 5 merupakan produk yang sempurna untuk pemandu yang mengimpikan prestasi pemanduan yang sporti, serta jangka hayat yang lebih panjang.

"Tambahan pula, Michelin Pilot Sport 5 kini menampilkan nilai estetika yang sangat menarik, dan dibuktikan menerusi anugerah Contemporary Good Design Awards 2021 - salah satu anugerah bertaraf antarabangsa yang paling berprestij.
 

Pilot Sport


Michelin Pilot Sport 5 menampilkan teknologi Dual Sport Tread Design yang mampu memastikan prestasi kawalan, cengkaman dan brek yang lebih meyakinkan di atas jalan basah dan kering, dibantu dengan ciri Groove Clear untuk menyingkirkan air dengan lebih cekap.

Teknologi Dynamic Response pula menampilkan binaan aramid hibrid dan sawat nilon yang membekalkan pengendalian yang optimum, manakala MaxTouch ConstructionTM pula memaksimumkan tahap sentuhan tayar atas jalan raya, selain mengagihkan tenaga pecutan, pembrekan dan pembelokan dengan lebih sekata, menjadikan jangka hayat bunga tayar yang lebih lama.
 

Micheln


Ciri Wear2Check memudahkan pengguna untuk memeriksa tahap kehausan tayar dan nilai estetika tayar ini dikemaskan dengan rekaan dinding yang premium berwarna hitam matte dengan tekstur halus seakan velvet.

Michelin Pilot Sport 5 boleh didapati dalam 26 saiz untuk rim 17-19 inci bermula 4 April 2022, dan 21 saiz lagi bakal tersedia untuk rim bersaiz sehingga 21 inci menjelang akhir tahun 2022.

Harga jualan yang disyorkan bermula dari RM700-RM1,900

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…