MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport, tali jam dari tayar Pilot Sport 5!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport
MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport
Kerjasama jenama automotif dengan pembuat jam adalah perkara biasa. Pandu kereta atau motosikal dengan jam yang sama nampak lebih istimewa.

Ini pula tawaran terbaru, jam MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport hasil kerjasama di antara Michelin dan Bamford London dan dikeluarkan sebanyak 133 utas sahaja.

Kenapa 133? Angka itu merujuk kepada ratusan usia Michelin sejak ditubuhkan pada tahun 1889.

Projek ini tidak hanya melibatkan penukaran atau penambahan logo.

Jam Bamford B347 dilancarkan pada tahun 2021 dan edisi khas ini menggunakan bahan dan rekaan baharu yang menjadikannya istimewa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport

 

Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang automatik dengan badan 41.5 mm dari forged carbon dan 'nadi' automatik Sellita SW510.

Butang larasan dipasang pada sudut pukul 2 dengan fungsi mula-henti-set semula seperti kereta.

Takimeter pula menggunakan corak berkotak seperti bendera mula dan tamat perlumbaan.

Warna signatur kuning Michelin diriasi pada jarum saat manakala kombinasi warna hitam dan putih diguna pada jarum jam dan minit.

Satu lagi perincian menarik ialah dua lingkaran kecil (sub dial) dibuat selari dengan kempen terbaru Michelin yang menunjukkan tayar berwarna putih dan satu ketika dahulu ianya memang berwarna putih.

 

MICHELIN Pilot Sport 5

 

Reka bentuk jam ini memang sudah menarik dan lebih menonjol apabila tali dibuat dari tayar ujian MICHELIN Pilot Sport 5 yang dikitar semula!.

Bahan ini diperoleh dari pusat penyelidikan dan pembangunan Michelin di Ladoux, Perancis.

Menjadikannya realiti ialah syarikat Greenology yang merupakan pakar dalam bidang kitaran hayat tayar.

Aspek perincian dan identiti tali jam boleh dilihat pada corak bunga tayar yang diambil dari model Pilot Sport 5 atau secara khususnya tayar 225/40 ZR18 (92Y).

MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport

Saiz tayar ini digunakan pada sejumlah model seperti BMW E36, E46 M3, Lotus Evora, 3-Eleven, Morgan Aero 8, dan beberapa model VW Golf GTI.

Satu lagi identiti ialah logo warisan Bibendum (maskot) MICHELIN dengan gaya pemenang perlumbaan pada bahagian belakang dan kotak jam.

Bagaimana pula dengan harga? Hanya £2,500 atau bersamaan RM13,454 dan boleh dibeli dari laman web Bamford London.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport