Mick, anak Michael Schumacher sertai pasukan F1 Haas

oleh SALINA JALIL|
Mick Schumacher yang juga anak lelaki juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akan memandu buat pertama kalinya dalam saingan Formula Satu (F1) bersama pasukan Haas pada musim depan, umum pasukan berkenaan hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pemandu berusia 21 tahun itu akan merasai sendiri pemanduan jentera berkenaan apabila mengambil bahagian pada latihan bebas penutup musim 2020 saingan Grand Prix (GP) Abu Dhabi pada 11 Disember ini, sebelum menyertai sesi ujian beberapa hari selepas itu.

 

"Pasukan F1 Haas sudah menandatangani pemandu Jerman, Mick Schumacher untuk menjadi sebahagian barisan pemandu baharu pada Kejuaraan Dunia F1 FIA 2021 yang membabitkan perjanjian selama beberapa tahun," kata Haas dalam satu kenyataan.

 

Anak lelaki Michael ini yang sudah lama dijangka menyertai saingan F1, bakal bergandingan dengan pemandu dari Russia, Nikita Mazepin yang juga berusia 21 tahun.

 

Ketika ini Mick sedang mendahului senarai kedudukan pemandu F2 dengan saingan berbaki satu lagi di Bahrain hujung minggu ini.

 

Bapanya mengalami kecederaan serius selepas melakukan aktiviti ski pada Disember 2013 dan tidak dapat dilihat umum sejak insiden itu.

 

 

 

BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Majalah tersebut, Die Aktuelle edisi 15 April 2023 memaparkan tajuk "Wawancara Pertama" dengan…
Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…
Informasi
“Kereta luar biasa ini mencatat rekod dunia untuk harga jentera F1 era moden,” kata jurulelong…