Serentak dengan itu, Microlino turut membuka sebuah laman web khas (configurator) bagi membolehkan para pemegang tempahan menyesuaikan spesifikasi EV tersebut.
Sebagai sebuah kereta elektrik kecil seberat 535 kg, Microlino didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 20 kuasa kuda/89 Nm, dengan kelajuan tertinggi 90 km/j dan mampu memecut sepantas lima saat dari 0-50 km/j.
Biarpun mampu memuatkan dua orang, Microlino masih lagi mampu menawarkan ruang storan sebesar 230 liter.
Pengecasan bateri 14 kWh pula mengambil masa sekitar empat jam menggunakan soket domestik untuk mencapai jarak sehingga 230 km, atau sepantas satu jam di stesen pengecasan umum.
Harga jualan di pasaran Eropah bermula dari €12,500 (RM57,800).