Mildef HMAV lulus ujian pemanduan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kereta perisai bermobiliti tinggi Malaysia yang pertama, MILDEF 4X4 HMAV telah melalui ujian-ujian pemanduan untuk membuktikan kemampuan kenderaan tersebut.

Dibina oleh Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) dengan bantuan Pasukan Uji Nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), kenderaan gergasi itu diuji melalui pelbagai rintangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa (gambar di bawah), ujian-ujian yang dilakukan adalah menurut piawaian yang ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia - setanding dengan ujian-ujian untuk kenderaan dari jenama luar.

"Ujian bersama ATM sendiri meliputi jarak perjalanan lebih dari 1,000 km. Sebelum itu, MILDEF sudah menguji prototaip ini untuk ribuan kilometer bagi memastikan ia setanding dengan produk-produk antarabangsa," ujar Nizam.

Ujian-ujian bermula sejak bulan Februari lalu dan HMAV tersebut dipandu ke hampir seluruh Semenanjung Malaysia. 

 


 

 

Antara ujian-ujian yang dilakukan ialah ujian pemanduan tanpa bebanan, ujian mendaki bukit di jalanraya awam. ujian bebanan satu tan, ujian di kawasan berpasir, ujian "winching", ujian penggunaan bahan api, ujian brek, ujian berhalangan, ujian "offroad", ujian dengan pasukan tentera dan pelbagai lagi.

Halaju maksimum HMAV ini ialah 110 kmsj dan ia direka untuk membawa pasukan tentera dari satu lokasi ke satu lokasi lain dengan kelajuan tinggi.

Mildef ditubuhkan dalam tahun 2005 dengan nama asalnya, Kembara Suci Sdn Bhd dan ia menjadi antara kontraktor utama dalam sektor penyelenggaraan, baikpulih (MRO), kejuruteraan balikan, pembekal track-link dan tayar run-flat serta pelbagai lagi teknologi kenderaan ketenteraan.

MILDEF 4X4 HMAV direka dan dibina oleh tenaga tempatan dengan tujuan untuk menurunkan kos pembelian dan kos operasi ATM.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rentaka merupakan kenderaan HMAV 4x4 kedua negara selepas Tarantula yang dilancarkan tahun lepas…
Berita Domestik
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Menteri Kanan…
Berita Domestik
Menurut Datuk Sri Mohd Nizam Kasa, Ketua Pegawai Eksekutif Mildef,syarikat beliau turut menerima…