Miliki Ford Ranger XLT dengan kos penyelenggaraan percuma untuk 5 tahun

oleh DIANA ISMADI|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), kini telah mengadakan tawaran ekslusif bagi anda yang ingin memiliki Ford Ranger XLT. Pembelian yang dibuat bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2017, anda bakal menikmati penawaran kos penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu) beserta rebat wang tunai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Ford telah menghasilkan trak-trak ikonik ini sepanjang 100 tahun lamanya dan ini merupakan kali pertama kami menawarkan tawaran istimewa untuk Ford Ranger XLT buat pengguna di Malaysia yang mengidamkan trak yang pintar, teguh dan cekap,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, pengarah urusan, Sime Darby Auto Connexion.

 

Model Ranger XLT dilengkapi dengan teknologi-teknologi pintar seperti;

 

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control)
  • Kawalan Cengkaman (Traction Control)
  • Kawalan Muatan Adaptif (Adaptive Load Control)
  • Sistem Pengurangan Olengan (Rollover Mitigation system)
  • Pengemudian Berkuasa Elektronik (Electronic Power-Assisted Steering)

 

Selain itu, trak pikap ini juga mempunyai keupayaan menunda sebanyak 3,500kg dan pelbagai lagi ciri-ciri pintar dan keselamatan lima bintang.

 

Ford Ranger XLT boleh didapati dalam pilihan enjin diesel Duratorq empat-silinder TDCi 2.2-liter dengan kuasa sebanyak 160Ps dan tork sebanyak 385Nm, atau enjin diesel Duratorq lima-silinder TDCi 3.2-liter, dengan penjanaan kuasa sebanyak 200Ps dan tork sebanyak 470Nm.

 

Model Ranger 2.2-liter XLT boleh didapati dalam lima pilihan warna:

 

  • Aluminium Metallic
  • Aurora Blue
  • Cool White
  • Metropolitan Grey
  • Black Mica

 

Varian Ranger 3.2-liter XLT pula boleh didapati dalam empat warna:

 

  • Aluminium Metallic
  • Cool White
  • Metropolitan Grey
  • Black Mica

 

Kepada anda yang berminat, anda boleh kunjungi bilik pameran Ford yang berhampiran untuk menikmati tawaran ekslusif ini sehingga 31 Disember 2017.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ranger, lawati mana-mana pengedar Ford atau layari https://www.sdacford.com.my/ .

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Para pelanggan yang mahu membawa pulang Ford Ranger XLT Plus boleh merebut peluang penjimatan…
Pelancaran
Ford Ranger 'Built Ford Tough' ini dibangunkan dengan keupayaan dan kemampuan off-road yang lebih…