Miliki Mercedes EQA 250 serendah RM2,288/bulan dengan Step Up Agility Finance

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility yang direka khusus untuk menggalakkan pemilikan EV, khususnya bagi model EQA 250 yang baru dilancarkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi pelan ini, terdapat dua pilihan yang ditawarkan.
 

EQA


Step Up Agility Financing #1 membolehkan pembeli membayar ansuran bulanan serendah RM2,288 untuk dua tahun pertama, diikuti RM4,148 untuk tahun ketiga, keempat dan kelima, sementara pilihan #2 pula turut menawarkan ansuran bulanan serendah RM2,288 namun ia terhad kepada tahun pertama sahaja, diikuti RM2,688 untuk tahun kedua, dan RM3,994 untuk tahun ketiga hingga tahun kelima.

Pembeli juga boleh menetapkan jumlah wang pendahuluan bagi mengurangkan nilai ansuran bulanan, serta mendapatkan perlindungan insurans tambahan dan juga pakej servis penyelenggaraan.

Pelanggan juga berhak untuk mendapatkan kereta ganti yang berumur kurang dari empat tahun menerusi ciri Mobility Plus dengan kelulusan kurang 24 jam bagi memudahkan urusan mereka.

Dengan Guaranteed Future Value, pelanggan juga boleh memilih untuk melakukan pembiayaan semula, memulangkan kereta atau menyimpannya pada akhir tempoh pembiayaan. Sekiranya pelanggan ingin memulangkan semula, Mercedes-Benz akan membeli kereta tersebut pada harga yang telah ditetapkan.
 

EQA


Selain itu, terdapat juga opsyen Lease&Go di mana pembeli boleh memajak EQA 250 bermula dari tempoh dua tahun sehingga tempoh maksimum empat tahun, dan ansuran bulanan bermula RM5,392.

Opsyen ini tidak memerlukan sebarang wang pendahuluan, selain menawarkan susut nilai sifar, Mobility Plus, serta perlindungan insurans dan cukai jalan.

Mercedes-Benz EQA didatangkan standard dengan jaminan selama empat tahun tanpa had, diikuti jaminan bateri bervoltan tinggi selama lapan tahun atau 160,000 km yang mana tiba dahulu.

Pelanggan yang memilih untuk memasang wallbox juga akan mendapat jaminan pengeluar selama dua tahun.

Baca: Mercedes-Benz EQA 250 kini di Malaysia