MILITEM FEROX-T - Jeep Gladiator yang jauh lebih garang

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, jenama MILITEM sebenarnya tidak berkait dengan ketumbukan tentera, sebaliknya ia merupakan sebuah jenama automotif premium Itali yang membawa masuk dan mengedar kenderaan jenama Amerika sejak tahun 1980-an lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model terbaharu yang dipasarkan di bawah jenama MILITEM adalah FEROX-T, secara asasnya merupakan sebuah Jeep Gladiator namu telah diberikan penampilan yang tersendiri.

 

MILITEM


Antara perubahan yang dibawakan termasuklah unit lampu LED baharu, front fascia yang unik beserta rekaan gril baharu, lampu nyalaan siang LED, serta bampar khusus untuk kegunaan off-road.

Selain itu, MILITEM turut mendatangkan tempat pemijak sisi jenis retractable, tip ekzos berkembar hitam, serta jarak kelegaan tanah yang ditinggikan sebanyak 2 inci.
 

MILITEM


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim yang unik, dan dibaluti tayar Cooper All-Terrain 35x12.5 inci.

Sementara kemasan ruang kabin pula merangkumi tempat duduk balutan kulit dengan kemasan Alcantara, kemasan warna hitam pada sesetengah tempat serta terdapat sistem pencahayaan ambien.
 

MILITEM


Pembeli juga boleh mendapatkan FEROX-T dengan pakej Adventure yang menambah ciri kemasan cat kalis calar pada bampar dan arka roda, pemasangan snorkel, serta rak kargo tahan calar, lampu LED serta tayar Cooper Mud Terrain sebagai standard.

MILITEM FEROX-T dikuasakan oleh enjin 3.6 liter Pentastar V6 yang mampu menghasilkan 385 hp dan 353 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta sistem pacuan empat roda.
 

MILITEM


Harga jualan untuk sebuah MILITEM FEROX-T bermula dari €97,490 (RM471,125).