Milltek Classic, ekzos berprestasi gaya OEM untuk hero 80-an dan 90-an!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Peugeot 205 GTI Milltek Classic
Peugeot 205 GTI Milltek Classic
Harga hero 80-an dan 90-an sekarang ini berada pada tahap yang tinggi. Lihat sahaja Nissan Skyline, Mitsubishi Lancer Evolution, Honda Civic dan sebagainya.

Tidak terhad kepada kereta, perhatikan juga harga motosikal Yamaha RD dan seangkatan.

Objek beroda itu menjadi barang pengumpul (collector's item) disebabkan beberapa faktor seperti jarang dan sukar dijumpai (rare), reka bentuk dan minat seseorang itu sendiri.

Satu daripada penentu yang melonjakkan harga ialah komponen dan keadaan sesebuah model.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Peugeot 205 GTI Milltek Classic

 

Biasanya, komponen mesti dalam keadaan standard dari kilang yang turut membangkitkan nostalgia 80-an dan 90-an.

Bagaimanapun, masih ada ruang untuk pengubahsuaian.

Milltek Sport dari United Kingdom (UK) memaklumkan terdapat perubahan citarasa di dalam pasaran aksesori klasik moden. 

Pelanggan mahu ekzos berprestasi dalam reka bentuk kilang dan sedia maklum, peredam ekzos yang besar tidak kena dengan konsep asal atau OEM.

 

Peugeot 205 GTI Milltek Classic

 

Di Eropah, harga model ikonik klasik era 80-an dan 90-an seperti Audi Ur-quattro, BMW M3 E30 dan E36, Peugeot 205 GTI, Volkswagen Golf GTI Mk1 dan Mk2 telah melonjak tinggi.

Milltek mendapati terdapat peningkatan permintaan terhadap ekzos Milltek Classic yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi dan bunyi enjin.

Walaupun mempunyai karakter berbeza, ianya dibuat supaya sepadan dengan rekaan kilang. 

Set ekzos Milltek Classic mempunyai ciri-ciri seperti peningkatan prestasi, kualiti, ketahanan dan bunyi berbeza.

 

Volkswagen Golf GTI Mk2 Milltek Classic

 

Proses reka bentuk dan pembangunan bermula dengan set ekzos asal di mana para jurutera akan mengenalpasti kelemahan dan halangan yang ada.

Selepas itu proses pembuatan ekzos baharu dilakukan dan menariknya hasil kerja tersebut dipanggil OEM+.

Koleksi Milltek Classic juga semakin berkembang dan turut ditawarkan pada Audi RS4 B5, Audi TT Mk1 dan Porsche 911 996 dan 997. 

Tidak terhad kepada model Eropah, hero Jepun pun ada seperti Honda Civic Type R EP3, Mitsubishi Evo VII/VIII dan Subaru Impreza.

 

Volkswagen Golf GTI Mk1 Milltek Classic

 

Trend ini mengingatkan penulis kepada hero tempatan dan contoh terdekat ialah kumpulan awal Proton Wira Aeroback Special Edition (SE) yang lengkap dengan ekzos bergema.

Memang ada model hebat lain seperti Proton Wira 1.8 EXi DOHC, Satria R3 dan sebagainya tetapi Wira Aeroback SE hadir dengan pakej istimewa untuk pengguna kebanyakan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin