Mini bakal jadi EV sepenuhnya menjelang 2030, varian enjin biasa terakhir pada 2025

oleh HEZERI SAMSURI|
Kurang dari sembilan tahun - itulah masa yang Mini ada untuk ia menjadi sebuah jenama yang akan hanya menawarkan produk berteraskan elektrik sahaja.

Mini berkata ia akan melancarkan varian terakhir dengan enjin pembakaran dalaman (enjin biasa) pada 2025, dan menjelang 2027, separuh dari jualan akan bertumpu kepada varian EV sebelum terus menjadi jenama EV 100 peratus pada 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perancangan Mini ini akan dikongsi kepada semua pada 17 Mac ini semasa pembentangan laporan tahunan syarikat BMW oleh CEO Oliver Zipse.

Ini selaras dengan tren jualan Mini yang bertumpu di bandar-bandar besar yang sudah mula mengharamkan kenderaan berenjin biasa.

Mini mempunyai kilang di UK, Netherlands dan Jerman tetapi ia bercadang untuk menghasilkan produknya di kilang baharu di China bersama rakan kongsinya, Great Wall menjelang 2023.

Mini mempunyai satu model EV di Malaysia, iaitu model Mini Cooper SE EV dengan harga RM218,380 dan mempunyai jarak sejauh 234 km untuk sekali caj.

Di Thailand, harga Mini tersebut ialah RM304,000.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…