MINI Clubman terbaharu dengan enam pintu dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
MINI Malaysia telah melancarkan MINI Clubman terbaharu di pasaran dengan harga bermula dari RM298,888. Model MINI terbaharu ini didatangkan dengan enam pintu dan hadir dengan varian Cooper S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata,“MINI Clubman terbaharu bakal menerajui keupayaan model terdahulu dengan pencapaiannya yang tersendiri. 

 

Ia didatangkan dengan enam pintu yang ikonik, sistem transmisi baharu serta pelbagai penambahbaikan. Kami telah menyerahkan lebih daripada 900 unit MINI. Ia melambangkan permintaan semakin berkembang dan kami berbesar hati memperkenalkan satu lagi model MINI bagi warga MINIacs.”

 

 

Di bahagian luaran, lampu hadapan adalah dari jenis LED dengan kemasan Piano Black, dan kontur heksagon pada jerigi. Lampu belakang didatangkan dengan grafik Union Jack. 

 


Di ruang kabin pula, pelbagai kelengkapan diberikan seperti kulit Nappa pada stereng, tempak duduk serta pencahayaan ambien bewarna Frozen Blue. Terdapat juga corak dan sulaman berwarna aluminium dan hitam serta rekaan label MINI Yours di bahagian sisi tingkap.

 

mini 1

 


Di bahagian infotain pula, terdapat 12 Pembesar Suara 'Harman Kardon', disuaikan secara eksklusif untuk MINI Clubman ter

 


Sistem iterasi MINI Clubman terbaharu merangkumi Sistem Navigasi MINI 6.5” beresolusi tinggi dengan paparan skrin sesentuh. MINI Clubman terbaharu lengkap dengan teknologi SIM 4G berintegrasi dengan MINI Connected. 

 


Aplikasi MINI Connected memberikan para pemilik rangkaian perkhidmatan digital yang merangkumi Servis Rencam (Concierge Services), Apple CarPlay dan MINI Dalam Talian (MINI Online).

 

 
 

 

Di bahagian hud enjin pula, MINI Clubman varian Cooper S ini diberikan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter, yang menjana 192 kk dan tork berjumlah 280 Nm. Transmisi automatik dwi-klac sport tujuh kelajuan dengan daya pecutan 7.2 saat dari 0/100km dan mampu mencatat kelajuan tertinggi sehingga 228 km/j. Penggunaan bahan api adalah 6.2 liter/100km.
 

 

Terdapat enam pilihan warna MINI Clubman terbaharu iaitu warna merah (Indian Summer Red), hijau (British Racing Green), putih (Pepper White), kelabu (Thunder Grey), perak (Melting Silver) dan biru (Starlight Blue). 


MINI Clubman terbaharu akan hadir di semua premis wakil pengedar MINI yang bertauliah di seluruh negara bermula 7 November 2019.


Jentera MINI Clubman terbaharu diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama lima tahun oleh MINI Malaysia.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.


BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan khidmat pembiayaan “Balloon Financing”, bermula daripada RM3,418 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

MINI Clubman terbaharu ditawarkan dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan selama empat tahun serta Servis Berjadual Percuma. 

 

mini 2

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…