MINI Convertible terbaharu cuma 20 unit sahaja ditawarkan!

oleh SALINA JALIL|
MINI, jenama automotif premium kompak di Malaysia telah melancarkan MINI Convertible terbaharu sempena Ulang Tahun MINI yang ke-60 dan hanya 20 unit sahaja yang ditawarkan sempena sambutan ulang tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “MINI Convertible dengan bumbung fabrik dibuka secara elektrik yang pertama (soft top) diperkenalkan di Geneva Motor Show 2004 bersama reka bentuk signatur jenama tersebut. Sehingga ke hari ini, MINI Convertible dikenali dengan elemen keterujaan pemanduan ‘open-top’ yang bergaya serta sensasi pemanduan ala go-kart yang unik. Pada tahun ini, MINI Convertible terbaharu kembali dalam jumlah yang terhad untuk meraikan Ulang Tahun MINI ke-60.” 

 

Sempena ulang Tahun MINI yang ke-60 ini, MINI Malaysia menawarkan Program Inklusif Servis serta Pembaikan MINI 60 Bulan dan pelbagai tawaran istimewa lain yang akan dirungkaikan tidak lama lagi. 
 

 

Dari segi reka bentuk, MINI Convertible ini diberikan 'soft top' yang boleh dibuka dalam masa 18 saat walaupun ketika kereta tersebut masih bergerak pada kelajuan setinggi 30 km/j. Bumbung model ini adalah lapisan fabrik 'penebat bunyi'dan mempunyai mekanisme pintar lipatan Z dan beroperasi dalam tiga mod iaitu terbuka, tertutup dan sunroof.

 

Spesikasi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti 2.0L yang mampu menjana 192 kk (kuasa kuda) dan tork setinggi 280 Nm. Pecutan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.1 saat, dan penggunaan pakai bahan api sebanyak 5.7 liter untuk setiap 100 km. Tahap kelajuan maksimum adalah 230 km/j dan didatangkan dengan transmisi Steptronic Sports tujuh kelajuan.

 

Terdapat tiga mod pemanduan iaitu ECO, Alternatif dan Sport. Di bahagian tayar, set roda 17” dengan rim ‘Rail Spoke’ bersama tayar ‘runflat’ (tiada tayar simpanan).

 

Di bahagian luaran, MINI Convertible terbaharu ini dilengkapi dengan lampu hadapan dan belakang dengan teknologi LED dan lampu belakang ini juga diberikan bingkai krom dan menampilkan reka bentuk Union Jack.


 

 

Di bahagian kabin dalaman pula, bahagian tempat duduk adalah dari jenis kulit ‘Leather Chester’, berbentuk berlian dan berwarna coklat, ‘Malt Brown’. Papan permukaan pula didatangkan dalam warna hitam, ‘Piano Black’. Paparan skrin sentuh bersaiz 6.5 inci di MINI Centre Instrument di mana pengawalan di hujung jari anda! 

 

Untuk aspek keselamatan pula jentera ini hadir sistem perlindungan olengan aktif (active rollover protection system) yang memastikan pemandu serta para penumpang mendapat perlindungan tambahan untuk bahagian kepala mereka sekiranya kenderaan tersebut terbalik akibat kemalangan. 


Jentera ini juga hadir dengan beg udara hadapan serta beg udara ‘pelvis-thorax’ (pelvis dan dada) untuk pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan. Ciri-ciri keselamatan yang lain adalah Kawalan Jarak Parkir Belakang (Rear Park Distance Control), Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control” atau “DTC”) dan Kawalan Stabiliti Dinamik (“Dynamic Stability Control” atau “DSC”). 
 

 

MINI Convertible baharu ini didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu biru (Caribbean Aqua) merah (Chili Red), jingga (Solaris Orange), perak (Melting Silver) dan biru ‘Starlight Blue’.

 

Sempena meraikan Ulang Tahun MINI ke-60, mereka yang membeli MINI Convertible terbaharu bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati Program Inklusif Servis beserta Pembaikan MINI 60 bulan atau 80,000 km (yang mana terdahulu) iaitu servis penyelenggaraan percuma serta waranti selama 60 bulan tanpa had perbatuan. 


Untuk pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, waranti tanpa had pembatuan hanya selama 4 tahun serta servis penyelenggaraan berjadual percuma. 


BMW Group Financial Services Malaysia iaitu skim pembiayaan juga disediakan dan pelan ansuran bulanan bermula dari RM3,028.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

 

Harga jualan MINI Convertible terbaharu (tanpa insurans) adalah RM279,888.00

 

Maklumat lanjut mengenai MINI Convertible terbaharu boleh didapati di https://www.mini.my. 

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…