Mini Cooper dan Countryman baharu dilancarkan - harga dari RM260k

oleh HEZERI SAMSURI|
MINI, jenama automotif premium ketiga paling popular di Malaysia telah melancarkan dua model terkini - Mini Cooper S dan Mini Countryman.

Mini Countryman generasi baharu berkongsi platform dengan BMW X2 dan ia lebih besar dari model terdahulu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ini bermakna ia lebih praktikal dan dengan jarak roda yang lebih panjang, pengendalian juga semakin selesa.

Dua varian Countryman dilancarkan sempena Pameran Auto Malaysia 2024 (MAS 2024), Mini JCW Countryman All4 dan Mini Countryman SE ALL4.

Mini JCW Countryman ALL4 dijana dengan enjin 2.0L dan menghasilkan 300 hp dan 400 Nm, cukup untuk pecutan 0-100 kmsj dalam masa 5.4 saat dan halaju maksimum 250 kmsj.

Mini Countryman SE ALL4 pula menggunakan bateri berkapasiti 66.5 kWh, memberikan 313 hp dan 494 Nm. Pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam 5.6 saat sementara kelajuan maksimum dihadkan ke 180 kmsj.

Jarak gerak pula ialah sejauh 432 km (WLPT) dan pengecas terbina ialah 22kW AC dan 130kW DC.

Mini Cooper S varian terbaharu pula menggunakan platform yang sama seperti varian sebelum ini, tetapi diberikan sentuhan rekabentuk generasi baharu.

Ini ialah kerana Mini generasi baharu hanya wujud dalam platform EV dan ia dibina bersama dengan Great Wall Motors.

 

 

Enjin 2.0L Mini TwinPower Turbo terbaharu memberikan kuasa 204 hp dan 300 Nm, dengan pecutan 0-100kmsj dalam masa 6.6 saat serta halaju maksimum 242 kmsj.

Transmisi pula ialah 7-kelajuan Dual Clutch yang cukup memuaskan nafsu peminat kenderaan sporti.

Harga adalah seperti di bawah:

Mini Countryman SE ALL4 (elektrik) - RM260,000
Mini JCW Countryman ALL4 - RM399,000
Mini Cooper S - RM280,000

Semua model ini ada dipamerkan di Pameran Auto Malaysia 2024 (MAS 2024) yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang bermula dari 22 hingga 26 Mei ini.

Untuk info lanjut, layari www.autoshow.my

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan sahaja lebih banyak ruang masuk dan keluar, model terbaru ini untuk pelanggan yang mahu…
Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…