Mini Cooper S Countryman Sports terbaharu di pasang di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Mini Malaysia memperkenalkan Mini Cooper S Countryman Sports terbaharu – Mini terkini yang dipasang di dalam negara. Malaysia juga merupakan pasaran pertama di dunia selain negara Belanda yang memasang sendiri unit Mini Countryman terbaharu ini.

Ketua Korporat Komunikasi BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “Tahun 2013 melakar sejarah di mana generasi pertama Mini Countryman mula bertapak di Malaysia. Kini, generasi yang terbaharu mengekalkan tradisinya di Malaysia serta Asia Tenggara—sama seperti generasi yang sebelumnya; dan pada masa yang sama, turut meningkatkan standard teknologi dan perkongsian maklumat bagi industri automotif Malaysia.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Mini Malaysia, En. Kidd Yam berkata, “Sejak Mini Countryman terbaharu ini mula diperkenalkan pada tahun lalu, kita sudah menjual lebih daripada 200 unit kenderaan. Mini Cooper S Countryman Sports terbaharu ini akan terus melakar kejayaan yang sama kerana kenderaan sports activity premium kini lebih menonjol dengan kuasa tambahan, ciri-ciri eksklusif dan pemanduan kenderaan Mini yang lebih mengujakan.”

                                                                                                                

Mini Cooper S Countryman Sports terbaharu kini disertakan dengan pakej eksklusif John Cooper Works. Sememangnya mengghairahkan, ciri-ciri luaran kenderaan ini menampilkan rekaan terbaharu sepenuhnya.

 

 

Mini Sports 1

 

Disesuaikan dengan kit aerodinamik Mini John Cooper Works, imej garang berasaskan perlumbaan yang disuntik pada kenderaan ini diperkuatkan lagi dengan jalur lazim Mini pada but dan juga dengan kekisi heksagonnya. Kit aerodinamik didatangi dengan apron hadapan dan disertakan dengan saluran udara untuk membantu menyejukkan brek dan bampar belakang melalui rekaan peresap. Kit tersebut juga disertakan dengan kemasan bendul pintu khas daripada Mini John Cooper Works.

 

 

Mini Cooper S Countryman Sports terbaharu ini turut dilengkapi dengan suspensi sport yang disetalakan dengan sempurna untuk pemanduan yang lebih dinamik. Kenderaan ini boleh mengekalkan kestabilan atas jalan raya walaupunpun dipacu dengan gaya pemanduan yang mencabar kerana kenderaan ini disokong oleh spring suspensi yang kukuh serta penyerap kejutan pneumatik yang lebih teguh. Kelincahan tiada tandingan dalam pengendalian MINI juga dikuasakan oleh Mini John Cooper Works Course Spoke bersaiz 19 inci yang disertakan dengan Run Flat Tyres.

 

 

Mini Sports 2

 

Selain itu, antara ciri-ciri baharu yang menonjol pada model ini adalah Park Distance Control (PDC) di bahagian hadapan dan belakang – menjadikan pemarkiran dan olah gerak di kawasan sempit lebih mudah, ini termasuklah ciri Park Assist yang akan membantu pemandu ketika membuat olah gerak selari. Dengan Park Assist, paparan kawalan akan menunjukkan status ketika pemarkiran kereta dilakukan: tapak parkir yang dipilih akan terlebih dahulu dianalisa oleh pengesan-pengesan ultrasound sebelum Park Assistant sistem ini mengawal roda stereng untuk menyempurnakan proses memarkir kereta tersebut. Pemandu hanya perlu kendalikan pedal pemecut dan brek.

 

Dari segi rekaan dalaman pula, Mini Cooper S Countryman Sports terbaharu ini dilengkapi dengan Anthracite Headliner yang memberikan suasana dalaman yang ambien lagi harmoni. Ketelitian kemasan Anthracite boleh dilihat pada visor matahari, perkakas lampu dalaman, pemegang bumbung di belakang, dan juga pada tetiang (pillars) A, B dan C kenderaan tersebut. Rekaan dalaman didatangkan dengan tempat duduk yang diperbuat daripada bahan Leather Cross Punch yang berwarna hitam (Carbon Black) dan roda stereng JCW MINI.

 

 

 

Bagi aspek maklumat-hibur; komunikasi dan pemanduan, buat pertama kalinya Mini Cooper S Countryman terbaharu ini dilengkapi dengan paparan sesentuh bersaiz 8.8 inci berserta sistem navigasi. Ia turut dilengkapi dengan fungsi pembahagian skrin (dua bahagian) yang membolehkan dua peta dipaparkan pada masa yang sama. Ia boleh dioperasikan dengan teknologi sesentuh atau secara alternatifnya melalui unit kawalan sesentuh Mini yang disepadukan di panel tengah. Paparan Head-Up MINI pula akan memastikan pemandu dapat memberikan perhatian terhadap jalan yang dipandu serta dapat mengakses informasi pemanduan yang diperlukan pada setiap masa.

 

Ciri hiburan kini diperhebatkan lagi dengan sistem pembesar suara hi-fi Harman Kardon. Ia didatangi dengan output 360 watt dan sistem yang terdiri daripada 12 pembesar suara yang dilaras sempurna mengikut rekaan dalaman jentera ini. Kedudukan kesemua pembesar suara berprestasi tinggi ini boleh dinikmati dari semua tempat duduk; depan dan belakang, untuk pelbagai jenis muzik yang dipasang.

 

 

Mini Cooper S Countryman Sports ini dijanakan oleh enjin turbo TwinPower MINI 2-liter 4-silinder. Model ini juga dilengkapi dengan transmisi automatik sport dengan 8-kelajuan serta pedal anjakan sekaligus memberikan kenderaan ini keupayaan untuk menjana 192hp dan tork mencecah 280Nm.  Mini Cooper S Countryman Sports ini juga mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan sepantas 224km/j. Kesemua ini boleh dioperasikan melalui penggunaan petrol yang rendah iaitu dalam purata 6.5 liter bagi setiap 100km.

 

Variasi badan dan bumbung bagi model ini didatangkan dengan warna hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White) dan merah (Chili Red). Bumbung bewarna hitam boleh dipadankan dengan unit badan berwarna merah, hijau, kelabu dan putih; sementara bumbung putih pula boleh didapati dengan padanan warna merah dan hijau.

 

Model MINI Countryman terbaharu ini telah mendapat penarafan 5-bintang di dalam ujian Euro NCAP.  Melalui ujian tersebut, tindak balas kereta terhadap beberapa kesan pelanggaran akan dianalisa untuk menilai kestabilan tempat duduk penumpang, keberkesanan sistem penahan dan daya yang dihamburkan kepada pengguna kenderaan tersebut. Hasil ujian yang memuaskan oleh MINI Countryman membuktikan konsep keselamatan berintergrasi yang dibina untuk setiap model kompak daripada pengeluar automotif premium ini.  

 

Bantuan Tepi Jalan MINI.

MINI Cooper S Countryman Sports terbaharu ini dilindungi dengan program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama 5 tahun. Program ini tersedia untuk kenderaan-kenderaan MINI terbaharu merangkumi senarai servis yang komprehensif termasuklah bantuan hotline serta merta dan atas talian untuk kemalangan dan bantuan 24 jam bagi sepanjang tahun, khidmat tunda kereta percuma (dalam lingkungan jarak 200KM dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan penghantaran balik. 

 

Program Bantuan Tepi Jalan MINI ini boleh diakses melalui talian 1800-88-8808.

 

 

mini sports 3

 

Servis Atas Talian MINI.

Temu janji servis dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana program servis atas talian ini membolehkan pelanggan menguruskan jadual servis kenderaan mereka terus dengan pengedar MINI berdekatan yang sah di www.service.Mini.my.

 

Pembiayaan MINI.

Model terbaharu MINI Countryman yang dipasang di dalam negara ini boleh dimiliki dengan Program MINI Full Circle. Dengan margin pembiayaan sebanyak 80%, pembiayaan untuk pemilikan jentera MINI Countryman terbaharu ini bermula dari RM 2,998.00 setiap bulan.

 

MINI Countryman terbaharu ini boleh didapati di kesemua pengedar sah MINI di seluruh negara mulai Jumaat, 6 April 2018; serta di Roadshow Volts & Vibes yang akan berlangsung pada 13 April hingga 24 Jun.

 

Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran perseorangan tanpa insuran) bagi MINI Countryman Terbaharu dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun yang Disertakan Servis Berjadual Percuma ialah:

 

                        MINI Cooper S Countryman Sports:                      RM 245,888.00

 

Untuk maklumat lanjut mengenai model MINI Cooper S Countryman Sports ini, sila layari https://www.Mini.my/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…