MINI Cooper SE EV kini RM35k lebih murah, dari RM178,241

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia telah mengemaskini harga jualan bagi kenderaan MINI, dan menariknya harga jualan untuk kereta elektrik MINI Cooper SE 3 Door kini lebih murah berbanding harga yang diumumkan pada tahun lalu (RM213,461).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengecualian daripada duti import dan eksais pada tahun ini, harga jualan MINI Cooper SE EV kini bermula dari RM178,241 (atas jalan tanpa insurans, dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan), dengan perbezaan RM35,220 lebih murah jika berbanding tahun 2021.

Jika anda mengambil jaminan lima tahun dengan pakej servis, harga jualan meningkat kepada RM183,571.

Sebagai makluman, MINI didatangkan dengan motor elektrik pacuan roda hadapan berkuasa 184 hp/270 Nm, serta pek bateri 12 modul berkapasiti 28.9 kWh yang membenarkan jarak pergerakan sejauh 232 km (data WLTP).
 

MINI


MINI Electric mampu memecut sepantas 7.3 saat (0-100 km/j) sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan 150 km/j sahaja.

Dengan pengecasan pantas DC, ia mampu mengisi kapasiti bateri dari sifar ke 80 peratus dalam masa 36 minit sahaja, sementara MINI Wallbox Plus menawarkan masa pengecasan 0-80 peratus dalam tempoh 2 jam setengah.

Baca: MINI Cooper SE EV 2021

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Model Terbaharu
Model elektrik sepenuhnya dari jenama British, Mini Cooper SE EV digambarkan sebagai sebuah 'kereta…