Mini EV X2 - disyakki diseludup masuk

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar-gambar kenderaan elektrik Mini EV yang pernah menggemparkan negara kerana harga yang terlalu rendah  muncul sekali lagi di dalam sebuah Facebook.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut posting di Facebook Dolovmi Malaysia, penulisnya berkata berita berkaitan kenderaan itu palsu tidak benar kerana mereka sudah menerimanya.

Careta turut bertanyakan di posting itu akan lokasi kenderaan tersebut tetapi menurut komen salah seorang dari pembaca di situ, kerajaan sudah mengumumkan kereta elektrik itu tidak dibenarkan di pandu di atas jalanraya dan EV itu dibeli dari China melalui aplikasi Taobao.

 

screenshot ev2

Menurut seorang pakar industri automotif yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan, ada tiga cara untuk membawa kenderaan masuk secara sah ke dalam negara:

1. Permit import untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D AP)
2. Permit import melalui franchais atau wakil pengimport yang sah(Franchise AP)
3. Permit import terbuka atau Open AP.

"Kesemua cara di atas masih tertakluk kepada ujian pengesahan kenderaan atau Vehicle Type Approval (VTA) dan tidak ada rekod rasmi berkaitan VTA untuk model EV tersebut," ujarnya melalui Whatsapp.

 

 

Beliau juga berkongsi cara "haram" yang pernah dilakukan oleh mereka-mereka yang pentingkan diri sendiri - dibawa masuk ke dalam negara menggunakan import permit produk lain, contohnya permainan kanak-kanak.

"Setelah berjaya dibawa masuk, mereka akan cuba memujuk kerajaan untuk diberikan permit import," tulis beliau.

"Berdasarkan rekod Jabatan Kastam Diraja, tidak ada rekod rasmi kenderaan EV itu dibawa masuk ke dalam negara," sambung beliau.

Pihak PDRM juga pernah mengeluarkan amaran agar tidak percaya dengan promosi penjualan kenderaan ini melalui media sosial di Malaysia.

Pada masa itu, Careta yang sendiri mencuba menghubungi "jurujual" syarikat tersebut. Menurut jurujual itu, syarikat tidak mahu menerima deposit atau wang pendahuluan TETAPI untuk menjamin tempahan, kami diminta untuk meletakkan wang tempahan sebanyak RM1,500.

Pembeli awal (cuma ada 60 unit katanya) pula akan dijanjikan diskaun sebanyak RM5,000 dan tawaran "cashback" RM1,388 dan cukai jalan serta insuran percuma. Harga kenderaan ialah RM18,800.

 

 

Menurut sumber Careta itu lagi, modus operandi begini pernah dilakukan dan kenderaan itu dijual di kedai-kedai basikal atau permainan.

"Memang ada tetapi ia tidak boleh digunakan di atas jalanraya kerana ia tidak lulus ujian keselamatan VTA," ujarnya. 

Kebanyakan kenderaan itu adalah skuter atau motosikal elektrik dan oleh kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai kenderaan, ia tidak memiliki insuran perlindungan.

Tahap keselamatan juga diragui kerana ia tidak melalui sebarang ujian keselamatan, termasuk ujian selamat dari renjatan elektrik. 

Jika tidak ada sebarang kawalan, pengguna akan dihujani dengan barangan-barangan tidak berkualiti dan negara akan menjadi tempat pembuangan produk-produk tersebut. Ini pernah terjadi bila kawalan import masuk helmet motosikal tidak begitu ketat dan hasilnya, helmet-helmet sub-standard yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan langsung.

Agak kelakar jika kita boleh membeli kenderaan dari platform online dan berjaya dibawa masuk ke negara. Ia umpama membeli sebuah Ford Mustand dari platform online Amazon di US dan dihantar ke rumah menggunakan PosLaju.

Apapun, Careta tahu sudah ada agensi yang mula membuka mata akan isu ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setakat ini, tidak ada sebarang rekod mengenai kenderaan tersebut tetapi jika dilihat dari gambar-…
Berita Domestik
Mini EV X2 merupakan sebuah produk EV yang hadir daripada China menerusi syarikat Zhejiang Today…