MINI Malaysia anjur MINIscape, jelajah bersama warga MINIac

oleh Penyumbang Rencana|
Baru-baru ini, MINI Malaysia telah menjadi hos untuk sebuah acara komuniti iaitu MINIscape 2022. Kali terakhir acara ini dianjurkan adalah pada 3 tahun yang lalu. Acara ini disertai oleh lebih 200 warga MINIac, jelajah ini merangkumi laluan yang bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Perak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengembaraan warga MINIac bermula dari Marina Putrajaya, di mana 90 buah kenderaan MINI telah berkumpul sebelum memulakan perjalanan ke DoubleTree by Hilton Damai Laut.

Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew berkata, "Sejak penubuhan komuniti MINIac, ia melambangkan siapa kami sebenarnya sebagai sebuah jenama dan telah menjadi sumber ilham bagi apa yang kami lakukan buat para pelanggan kami di Malaysia. Komuniti ini didorong oleh 'Big Love' serta semangat ke atas pengembaraan yang mengujakan,"

"Mereka terus memberi sokongan yang padu walaupun dilanda pandemik, oleh itu kami berbesar hati untuk terus membekalkan keseronokan kepada mereka. MINIscape 2022 merupakan tanda penghargaan kecil kami atas kesetiaan yang dipamerkan oleh warga MINIac dan kami gembira kerana berpeluang untuk melihat ukhwah yang terjalin antara para pemilik MINI sepanjang acara tersebut."

Melalui jelajah itu, warga MINIac telah disajikan dengan pelbagai pengalaman dan aktiviti-aktiviti menarik, ianya dimulakan dengan aktiviti Treasure Hunt sepanjang perjalanan ke Damai Laut. Setelah tiba, mereka bebas untuk menikmati pelbagai aktiviti rekreasi yang tersedia seperti dayung berdiri, menunggang ATV, berbasikal dan berlayar bot tunda.

Selain itu, pada bahagian malam, mereka disambut dengan sesi makan malam sambil menikmati karnival dengan pelbagai permainan retro seperti Rodeo Bull, Power Slam dan Straight Shooter. Warga MINIac juga disajikan dengan hiburan oleh ahli silap mata, penjugel, dan persembahan muzik.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…