MINI Malaysia lancar kempen 'Catch of the Year'

oleh Mohamad Hanif|
MINI Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan kempen 'Catch of the Year' untuk model-model MINI Countryman yang ditawarkan dalam portfolio Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kempen ini, MINIacs berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis tawaran menarik untuk model MINI Countryman Pure, MINI Countryman Sports, termasuklah dua varian baharu yang didatangkan dalam Blackline Package dan Panoramic Sunroof, iaitu MINI Countryman Plug-in Hybrid dan MINI Countryman John Cooper Works.

 


Tawaran ini merangkumi kadar faedah serendah 0 peratus (berdasarkan Straight Line Financing), penjimatan sehingga RM32,000, pelan ansuran bulanan bermula dari RM2,102, serta lanjutan Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI selama satu tahun bagi model terpilih.

Selain daripada itu, para pemilik MINI Countryman Plug-In Hybrid baharu juga bakal menikmati jaminan Bateri Voltan Tinggi yang kini dilanjutkan selama lapan tahun, atau 160,000 km yang mana terdahulu.

Kempen 'Catch of The Year' ini berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Disember 2020, maklumat lanjut boleh didapati di laman web mini.my/discovercountryman

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…