Mini umumkan lebih banyak model akan menerima transmisi manual di US

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi pemandu yang ingin menikmati pemanduan di jalan terbuka tanpa ada gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan pemandu lembap, kereta dengan transmisi manual sememangnya satu pilihan yang menyeronokkan untuk menikmati pemanduan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pada era yang semakin maju dengan pelbagai teknologi berautonomi, transmisi manual boleh dianggap tidak lagi relevan untuk pemandu-pemandu generasi baharu yang terlalu berhadap pada bantuan teknologi.

 

4

 

Memandu kereta dengan transmisi manual pada masa kini boleh dianggap sebagai satu kemahiran terancam, terutamanya di Malaysia sendiri apabila lesen memandu turut ditawarkan untuk transmisi automatik sahaja.

Transmisi manual juga semakin diancam kepupusan apabila kebanyakkan pengeluar di seluruh dunia tidak lagi menawarkan pilihan transmisi manual untuk model kereta mereka.

 

2

 

Baru-baru ini, Mini USA telah melakukan satu kaji selidik yang menunjukkan bahawa 63% responden bersetuju bahawa mempelajari cara memandu transmisi manual adalah satu kemahiran hidup yang penting.

Berdasarkan kaji selidik juga, 53% dari responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk belajar cara memandu kereta manual. Menariknya, ianya terdiri dari 67% peratus responden berusia 18-34 tahun yang berminat.

 

3

 

Sebagai tindak balas terhadap keputusan kaji selidik tersebut, Mini USA akan menambahkan lagi model dengan tawaran transmisi manual bermula 1 Mac 2023.

Antara model tambahan yang akan tersedia dengan transmisi manual ialah Mini Cooper Convertible, Mini Cooper S Convertible, Mini Cooper 4-Door Hardtop dan Mini Cooper S 4-Door Hardtop.

 

5

 

4 tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan Mini dengan tawaran transmisi manual sebanyak 7 model di US.

Sebagai langkah untuk menggalakkan lagi generasi baharu untuk memilih transmisi manual, Mini USA akan bekerjasama dengan BMW Group Performance Center West di California untuk melancarkan Mini Manual Driving School.