Minivan mewah dari platform Hiace - Toyota Granvia masuk pasaran Australia Q4 2019

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota sudah pun mempunyai barisan minivan mewah seperti Alphard, Vellfire, Voxy, serta sebuah van super mewah Lexus LM yang baharu sahaja dilancarkan. 

Tidak cukup dengan itu, Toyota membuat keputusan untuk memperkenalkan sebuah lagi minivan mewah namun kali ini ia dibangunkan berdasarkan platform Toyota Hiace serba baharu. 
 


Digelar sebagai Toyota Granvia, minivan yang mampu membawa muatan lapan orang pada satu-satu masa ini ditawarkan enjin diesel turbo yang tidak didedahkan perinciannya, namun menurut Toyota, trenkuasa ini telah ditambah baik dan lebih jimat penggunaan bahan api. 

Antara ciri yang bakal ditawarkan pada Granvia termasuklah upholsteri kulit, pintu sisi gelongsor berkuasa serta tempat duduk kapten baris hadapan berkuasa elektrik. 
 


Untuk tujuan hiburan ketika berjalan jauh, sistem multimedia terkini Toyota turut dipasang dengan 12 buah pembesar suara keliling, termasuklah empat slot USB untuk mengecas peranti pintar.

Ciri Toyota Safety Sense akan didatangkan secara standard selain ciri keselamatan menyeluruh seperti sembilan beg udara, kawalan pelayaran aktif, sistem keselamatan pra-pelanggaran, serta sistem pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal. 
 


Toyota Granvia dikatakan akan menggantikan model Toyota Tarago yang bakal tamat tempoh kitaran model pada suku keempat tahun ini.