Adakah minyak itu tulen dan apakah jaminan yang boleh ditawarkan jika sumber minyak itu tidak diketahui?
Oleh kerana sumber yang samar-samar ini, berkemungkinan tinggi enjin kereta yang disayangi akan menghadapi mudarat.
Tambahan pula sudah banyak kes yang dilaporkan di media massa tentang serbuan yang dibuat pihak berkuasa ke atas pengilang minyak tiruan.
Jika diperhatikan kereta pada hari ini semakin canggih dan komplikated. Kereta hari ini dibina mengikut keperluan pengguna iaitupenjimatan petrol, kecekapan tenaga dan keselamatan kereta.
Pemilik kenderaan yang prihatin biasanya akan membelai kereta mereka dengan menggunakan sekurang-kurang minyak pelincir semi sintetik atau sintetik sepenuhnya.
Cuma satu masalah tentang pelincir sintetik sepenuhnya yang dipertimbangkan oleh pengguna iaitu harga yang lebih tinggi berbanding dengan minyak mineral atau semi sintetik.
Kini anda tidak perlu risau atau berkompromi dengan minyak murah kerana Shell telah tampil dengan minyak pelincir sintetik Helix HX8 baharu yang dipasarkan pada harga mampu milik.
Berikut ialah kelebihan minyak pelincir baharu Shell Helix HX8 dan kenapa anda perlu dapatkannya daripada pengedar atau outlet sah:
Teknologi perlindungan untuk penjagaan enjin
Shell Helix HX8 mempunyai Flexi Molecule Technology yang direka khas untuk memberi perlindungan di dalam setiap jenis pemanduan.
Molekul fleksi yang diadun di dalam pelincir ini sentiasa membuat penyesuaian di dalam enjin bagi melindungi komponen kritikal dan diaktifkan ketika berada dalam tekanan tinggi dan apabila suhu meningkat naik.
Apabila senario ini berlaku, pelincir Shell Helix HX8 membentuk satu hadangan perlindungan di sekitar kawasan paling berisiko dan memberikan hingga 40 peratus prestasi perlindungan kehausan lebih baik pada komponen enjin yang kritikal¹.
Faedah lain ialah 58 peratus penstabilan oksida dan kawalan deposit yang lebih baik² dan menawarkan 78 peratus perlindungan kakisan³.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah standard yang semakin berubah. Pengeluar kereta pada hari ini ada yang sudah bertukar kepada minyak kelikatan rendah semasa di kilang pengeluaran lagi dan menggunakan minyak tersebut di dalam rutin penukaran minyak di pusat servis.
Oleh itu, Shell Helix HX8 0W20 adalah pilihan pelincir sintetik premium pada harga mampu milik dan terbaik untuk kereta anda tanpa kompromi.
Harga mampu milik dan alternatif yang baik kepada minyak pelincir sedia ada
Dengan Shell yang mempunyai reputasi tinggi anda usah risau tentang harga kerana pek empat liter Helix HX8 Synthetic 5W-40 hanya dipasarkan pada RM165 untuk semenanjung dan RM166 untuk Sabah dan Sarawak.
Harga minyak HX8 X 5W-30 ialah RM180 untuk semenanjung dan RM181 untuk Sabah dan Sarawak.
Harga minyak HX8 0W-20 pula ialah RM199 untuk semenanjung dan RM200 untuk Sabah dan Sarawak.
Pada harga begini yang tidak jauh beza dengan pelincir semi sintetik dan lebih berkualiti daripada pelincir mineral memang elok jika anda mencuba minyak pelincir Shell HX8 yang baharu ini.
Pakej servis yang menarik dan program SHARE dan SHEW
Pengguna yang memilih bengkel rasmi Shell juga layak untuk mendapatkan minyak pelincir Helix HX8 secara percuma selepas pembelian keempat berturut-turut.
Pengguna yang setia pula layak untuk menikmati program SHARE (Shell Advantage Rewards) seperti promosi, waranti enjin, bonus pendaftaran, minyak pelincir percuma untuk pembelian kelima dan peringatan servis.
Kesimpulan
Minyak pelincir Shell Helix HX8 ini dikeluarkan khusus kepada pengguna yang mementingkan nilai dan pada masa sama mahukan perlindungan bagus untuk kereta tersayang.
Sempena dengan pelancaran pelincir ini, Shell Malaysia menawarkan diskaun berbaloi-baloi sebanyak RM25 untuk mana-mana tiga produk Shell Helix HX8.
Layari www.shell.com.my/helix25off sekarang dan daftar sebagai ahli SHARE untuk menikmati promosi ini yang berlangsung dari 1 Oktober 2019 hingga 30 November 2019.
Ayuh! Dapatkan Shell Helix HX8 baharu daripada stesen minyak dan pusat servis sah yang terdekat dengan anda!
Penulis: Muhammad Md Tajudin
---------
¹Perbandingan Shell Helix HX8 dengan spesifikasi ACEA A3/B4 berdasarkan ujian hakisan enjin
²Perbandingan Shell Helix HX8 dengan spesifikasi API SN berdasarkan ujian pengoksidaan minyak enjin dan ujian kawalan deposit
³Perbandingan Shell Helix HX8 dengan spesifikasi API SN berdasarkan ujian kakisan enjin