Mio lancar barisan kamera dash - bermula dari RM399

oleh Mohamad Hanif|
Mio selaku pengeluar kamera dash mengumumkan pelancaran barisan model baharu untuk pasaran Malaysia, Mio MiVue 7.

Fokus diberikan kepada model premium, MiVue 792 yang menampilkan sensor CMOS STARVIS 'super low-light' dari Sony yang mempunyai kadar sensitiviti yang tinggi untuk mengesan sinaran infrared dan meningkatkan kualiti imej pada waktu malam. 

Dengan fungsi rakaman bersudut lebar 140 darjah, apertur F.18 dan teknologi pelarasan imej Mio mampu memberikan imej yang lebih jelas, ditampung dengan kemampuan merakam pada kualiti Full HD 1080p @ 60 FPS. 

Fungsi GPS terbina dalam juga membolehkan maklumat penting seperti kelajuan, altitud, longitud dan arah pemanduan boleh disertakan terus di dalam rakaman pemanduan. 

Selain daripada MiVue 792 yang berharga RM799 itu, model-model kamera dash yang turut dilancarkan adalah seperti berikut:


MiVue 785 [The Touch]


Kemampuan rakaman 1080p @ 30 FPS
Skrin sentuh 2.7 inci
GPS terbina dalam
Mod Parkir
RM599

 

MiVue 733 [The Hero]


Kemampuan rakaman 1080p @ 30 FPS
Fungsi sandaran (backup) Wi-Fi
GPS terbina dalam
Mod Parkir
RM499

 

MiVue C360 [The Best Value]


Kemampuan rakaman 1080p @ 30 FPS Full HD
Sensor CMOS Sony
Apertur F1.8
RM399

 

MiVue A30 [The Rear]


Kamera belakang
Kemampuan rakaman 1080p Full HD
Apertur F1.8
Rakaman sudut lebar 130 darjah
Mod rakaman malam
RM499

Kesemua produk MiVue didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun serta khidmat pemasangan percuma. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mio.com/my atau Facebook MioMalaysia serta saluran YouTube 'Mio Malaysia'

 

Add new comment

Careta Ad