MIROS akan nilai Axia baharu berikutan isu pemalsuan data ujian keselamatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan bertemu dengan Perodua bagi menjalankan penilaian ke atas model Axia baharu.

Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di dalam ujian keselamatan bagi empat buah model kenderaan, termasuk Axia baharu.

Daihatsu dikatakan tidak mematuhi sebahagian ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk 88,000 kereta kecil, termasuk 11,800 Perodua Axia baharu yang dijual di Malaysia.

Menurut laporan Malaysiakini, pengerusi MIROS, Wong Shaw Voon berkata institut itu mahu meneliti dakwaan Perodua bahawa kereta Axia barunya selamat untuk dipandu dan tidak terjejas oleh isu itu.

 

2

 

Menurut laporan Reuters beberapa hari lepas, Toyota Motor Corp memberitahu bahawa kemasan pintu pada kenderaan terjejas telah diubah suai dengan "notch" untuk meminimumkan risiko dalam ujian.

Perkara itu menyebabkan bahagian dalam pintu boleh pecah dengan tepi tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.

Berikutan isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata bahawa Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dilakukan.

Menurut beliau, walaupun pendedahan mengenai isu "ketidakaturan prosedur" itu, pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia masih utuh.

 

Sumber: Malaysiakini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis penyerahan berlangsung bersempena Road Safety Congress (RSC) 2025 dan Transport Expo Asia (…
Berita Domestik
Hasbi Rasmi Pembukaan, Umum Fokus Nasional ke Arah Mobiliti Selamat dan Mampan Majlis perasmian…
Berita Domestik
Pasukan Siasatan Kemalangan MIROS kini menjalankan penilaian teknikal terhadap lori yang terbabit,…