MIROS, APM perkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin di atas penyampaian watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kepada Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim di dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-69 telah berlangsung di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sejak penubuhan MIROS dari tahun 2007 sebagai sebuah institusi penyelidikan kebangsaan oleh kerajaan, matlamat utama MIROS tidak lain adalah untuk memperkenalkan intervensi keselamatan jalan raya yang berasaskan bukti bagi
mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia.

Ini pastinya menyuntik lagi semangat kepada seluruh warga MIROS untuk bersamasama Ketua Pengarah MIROS bagi menyumbang bakti dan berkhidmat kepada negara terutamanya di dalam ruang lingkup keselamatan jalan raya di Malaysia.

“APM sememangnya dekat di hati masyarakat, tugas dan peranannya dalam membantu orang awam amat lah besar. Jaringan sedia ada APM di peringkat sekolah rendah, menengah, dan Institusi Pengajian Tinggi dapat dipertingkatkan lagi di antara MIROS dan APM agar ia boleh dimanfaatkan dalam memberikan sumbangan untuk menjayakan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya.” Kata Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim.

Jalinan kerjasama MIROS dan APM akan diperkukuh dengan meneroka dan memperluas peluang dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini melalui kepelbagaian skop keselamatan jalan raya yang lebih besar.

Berita Berkenaan

Informasi
  Namun segala pengorbanan dan sifat terpuji beliau sehingga sanggup mengambil cuti kecemasan dan…
Berita Domestik
Projek ini membabitkan penggantikan aerotren baharu, serta  perkara berkaitan seperti bekalan kuasa…
Berita Global
Menurut laporan daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, Menteri Perindustrian Agus Gumiwang…