MIROS bangunkan teknologi LIDAR (Light Detection & Ranging Technology), amaran pelanggaran untuk penunggang motosikal

oleh SALINA JALIL|
Motosikal merupakan mod pengangkutan yang sangat berisiko dan TIDAK mempunyai tahap perlindungan fizikal yang tinggi untuk melindungi penggunanya.


Dalam kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), kematian melibatkan pengguna motosikal di Malaysia adalah TIGA KALI LEBIH TINGGI berbanding dengan kematian melibatkan pengguna kereta, enam kali lebih tinggi daripada kematian melibatkan pejalan kaki dan hampir 50 kali lebih tinggi daripada kematian melibatkan penumpang bas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perlanggaran di antara penunggang motosikal dan kenderaan yang lain di lorong kecemasan masih berada di tahap yang membimbangkan. 

 


Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko perlanggaran ialah dengan memastikan penunggang dapat mengesan kenderaan lain dalam masa yang mencukupi untukmengelak daripada berlakunya perlanggaran dengan lebih selamat.

 


Peka akan isu tersebut, MIROS telah membangunkan satu teknologi berasaskan Light Detection & Ranging Technology (LIDAR) yang berupaya untuk mengesan kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada penunggang motosikal untuk mengelak perlanggaran dengan selamat walau pun pada kelajuan yang tinggi. 

 

Teknologi berasaskan LIDAR merupakan komponen utama Sistem Bantuan Pemandu Termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang telah digunakan secara meluas dalam reka bentuk kenderaan beroda empat.
 

 

 

“Kemajuan penyelidikan MIROS dalam teknologi ADAS untuk penunggang motosikal adalah satu pencapaian yang memberangsangkan kerana pengaplikasian teknologi ADAS sangat terhad dan tidak meluas digunakan dalam reka bentuk dan pembuatan motosikal.” Kata Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.

 


Teknologi amaran perlanggaran ini telah dibangunkan dengan mengambil kira faktor berlakunya perlanggaran melibatkan motosikal di lorong kecemasan melalui dapatan analisa kes kemalangan terdahulu. 

 


Di samping itu, faktor kesesuaian reka bentuk motosikal dan tingkah laku penunggang motosikal di Malaysia turut diambil kira untuk meningkatkan fungsi sistem dan mengurangkan penolakan penunggang motosikal dalam menggunakan teknologi ini. 

 


Prinsip utama reka bentuk teknologi ini ialah berimpak tinggi, kos yang rendah, berasaskan pengguna, dan mudah dipasang melalui reka bentuk naik taraf (retrofit design). 

 

Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku. 

 

Pendekatan reka bentuk yang digunakan juga diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehsediaan teknologi ini untuk digunakan secara meluas dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia dalam masa yang singkat.

 

Mengulas mengenai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2020 yang telah mencatatkan penurunan sebanyak 4,634 kes berbanding 6,167 kes pada tahun 2019, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berpendapat bahawa meskipun penurunan kes ini adalah berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, MIROS akan tetap komited dan berusaha dalam mencadangkan intervensi kemalangan jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia secara asasnya merupakan sebuah SUV berkuasa elektrik sepenuhnya dan hadir dengan ciri dan…
Berita Global
Dengan menggunakan asas daripada model ID. Buzz, VW telah melengkapkan prototaip ID. Buzz AD ini…
Berita Global
Namun, baru-baru ini Tesla dilihat menguji ciri tersebut berdasarkan kelibat sebuah Model Y yang…