MIROS-CyberSecurity Malaysia anjur bengkel bincang isu keselamatan data pengguna

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) baru-baru ini menganjurkan bengkel di Putrajaya berkait dengan isu keselamatan kenderaan moden serta kaedah forensik di dalam era digitalisasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara isu yang dibahaskan termasuklah isu keselamatan kenderaan, pengguna jalan raya dan kehakpunyaan data peribadi, siasatan forensik kenderaan dan tempat kejadian berkait kemalangan dan jenayah, serta kawalan kepenggunaan untuk kesejahteraan semua pihak.

Menurut Ketua Pengarah MIROS, Dato' Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, "Usahasama ini telah menambahkan upaya MIROS yang sebelum ini telah membangunkan kepakaran rekonstruksi kemalangan dan juga pembangunan keselamatan automotif menerusi makmal pelanggaran dan penarafan ASEAN NCAP.

"Kami juga dapat meneliti kemungkinan teknologi baharu dapat membantu keselamatan trafik dengan elemen perubahan kelakuan pengguna, serta elemen penguatkuasaan menerusi elemen rakaman digital.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab pula berkata, “CSM menjadi aset negara dalam keselamatan siber dan usahasama ini diperluaskan ke arena automotif. Ini juga merupakan salah satu elemen di dalam projek Pengukuhan Keupayaan Forensik Siber Negara di bawah RMK ke-12 yang meliputi sektor-sektor lain berkait keselamatan siber.

"Kita tidak sahaja melihat kemungkinan elemen jenayah atau khianat, malah kepakaran yang bakal dibangunkan dapat melindungi pengguna sama ada dari segi pengurangan risiko kemalangan dan elemen pengesanan jejak.”

Perincian usahama CSM-MIROS ini dijangka akan diperluaskan kepada agensi-agensi kerajaan, pengamal undang-undang dan badan bebas dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang…
Berita Domestik
  Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu…
Berita Domestik
  "Pihak kami telah menerima aduan daripada seorang lelaki secara rasmi yang lengkap dengan bukti…