MIROS perkenal CamScore - program penarafan dashcam, bantu pengguna pilih yang terbaik

oleh Mohamad Hanif|
Bingung mencari produk dashcam yang terbaik?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Usah risau, kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia telah menghasilkan satu program kepenggunaan yang dapat membantu pengguna memilih kamera perakam papan pemuka.
 

camscore


Program Dashcam Safety Score Card (CamScore) ini telah melalui fasa penilaian awalan, dan mereka turut mengumumkan senarai produk kamera yang telah dinilai untuk rujukan para pengguna.

Dengan program CamScore ini, pengguna bukan sahaja dapat mengetahui kualiti kamera, malah mereka dapat memastikan pembelian dashcam yang leih berbaloi.

Terdapat tiga aspek yang dinilai iaitu ciri asas, ciri termaju serta ciri bantuan pemanduan ADAS.
 

dashcam


Lima model dashcam yang berjaya mencapai penarafan lima bintang adalah seperti berikut:
1. 70mai A800S
2. 70mai Pro Plus+ A500S
3. Thinkware U1000
4. 70mai M500
5. DDPAI X5 Pro

Pengurus Projek Forensik Kenderaan yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Ts. Zulhaidi Mohd Jawi berkata, “CamScore” adalah kesinambungan pelbagai program penarafan yang telah dibangunkan oleh MIROS termasuk penilaian kenderaan. Ini merupakan inisiatif MIROS dalam memastikan panduan untuk membeli dan memiliki kamera papan pemuka (dashcam) yang sesuai dapat digunakan oleh pengguna tanpa ragu-ragu”.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab berkata, “CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam memastikan perlindungan paling optimum untuk rakyat Malaysia berkenaan keselamatan digital. Kerjasama strategik bersama MIROS ini adalah simbolik kepada perubahan semasa di mana janaan data digital telah semakin dominan dalam industri automotif, berbanding sebelum ini yang tertumpu kepada isu internet, peranti dan perkomputeran.”