MIROS terima sumbangan SYM VF3i 185 LE untuk tujuan penyelidikan sistem ABS

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menerima sumbangan sebuah motosikal SYM model VF3i 185 LE daripada Mforce Bike Holdings Sdn Bhd untuk tujuan penyelidikan dalam usaha meningkatkan keselamatan penunggang motosikal di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Melalui sumbangan ini MIROS dan Mforce akan menjalankan kolaborasi penyelidikan bagi meningkatkan ciri-ciri teknologi maju untuk motosikal, khususnya teknologi brek Anti-Lock Braking System (ABS). ABS atau Sistem Brek Anti-Kunci merupakan sistem brek untuk mengelakkan roda dari mengunci dan menyebabkan motosikal tergelincir dan biasanya jatuh.

ABS kini sudah menjadi ciri biasa dalam industri automotif sejak sekian lama, namun teknologi ini masih baharu dalam kalangan motosikal berkuasa rendah di Malaysia. Dengan motosikal ini, MIROS dapat menjalankan kajian keberkesanan ABS pada motosikal berkuasa rendah.

 


Selain keberkesanan ABS, MIROS juga akan menjalankan kajian mengenai reaksi penunggang motosikal semasa berhadapan dengan situasi kecemasan. Reaksi penunggang motosikal adalah satu cara untuk mengetahui tahap kecekapan di kalangan penunggang mengendalikan motosikal. Motosikal ini juga akan digunakan untuk menjalankan latihan penunggangan defensif di dalam Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP).

Adalah diharapkan agar kolaborasi penyelidikan antara MIROS dan Mforce akan berterusan seterusnya memenuhi keperluan pengguna jalan raya selari dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2021-2030 ke arah menghasilkan kenderaan yang lebih selamat bagi pengguna jalan raya.

Penyerahan motosikal SYM VF3i 185 LE daripada Mforce Bike Holdings Sdn Bhd ini telah diadakan di MIROS pada hari ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…