MIROS usaha dekati geng basikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turun padang untuk mencuba mendekati golongan pencinta basikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MIROS telah melawat Rodalink, sebuah kedai basikal popular di Putrajaya untuk menyerahkan poster yang mengandungi panduan keselamatan berbasikal lengkap dengan QR Code yang memberikan akses kepada risalah dan poster berkaitan isu yang semasa secara online.

 

Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim menyerahkan poster tersebut kepada pemilik RodaLink. Menurut Khairil, ini ialah lawatan sulung MIROS ke kedai basikal dan beliau akan melakukan lawatan-lawatan berkala ke kedai-kedai basikal di sekitar Putrajaya dan Selangor.

 

Pendekatan usaha jangka sederhana ini ialah bagi mencapai objektif mendidik kesedaran penunggang tentang aspek keselamatan ketika berbasikal di tempat awam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…