Misi 'menguasai' 211 ruang parkir supermarket berjaya selepas enam tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Penulis tidak pasti sama ada ini merupakan satu kajian yang sangat berguna, atau lelaki ini memang mempunyai banyak masa untuk dihabiskan hanya untuk menguasai segenap ruang parkir di supermarket berdekatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gareth Wild, 39 tahun dan tinggal di Bromley, selatan London mendedahkan 'hasil kajian' beliau terhadap petak parkir yang terdapat di supermarket Sainsbury menerusi bebenang di Twitter @GarethWild.

Hasil kajian awal mendedahkan terdapat 211 petak parkir yang harus dikuasainya, namun beliau tidak sewenang-wenangnya menghabiskan masa sehari untuk menguji setiap sudut parkir di kawasan tersebut.

 

 


Beliau turut mengasingkan setiap petak parkir itu mengikut zon bagi memudahkan urusan pencarian, dan mencatatkan setiap informasi ke dalam jadual spreadsheet.

Dalam masa yang sama, Gareth turut mengkategorikan slot parkir mana yang paling mendatangkan manfaat kepada pengguna, dan slot parkir yang perlu dielakkan oleh pelanggan Sainsbury.