Kidston terkejut selepas menerima panggilan telefon ke biliknya pada keesokan pagi, meminta beliau mengalihkan Countach tersebut.
Menurut Kidston, beliau tidak memandu kenderaan itu dan kuncinya masih ada di dalam poket seluar beliau.
Menurut rakaman CCTV, enjin Countach itu dihidupkan pada jam 9.21 am dan kemudian bergerak ke hadapan sebelum berhenti seketika.
Selepas 30 saat, ia bergerak semula, mendaki tebing, melalui satu batasan pokok bunga dan kemudian berhenti selepas melanggar pokok pagar, hampir terkena dinding bangunan itu.
Kidston percaya ada kemungkinan besar enjin Countach itu "hidup" selepas berlaku litar pintas kerana kelembapan tinggi akibat cuaca di sana.
"Atau mungkin ada hantu Scotland?" ujar Kidston berjenaka.