MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia harga bawah RM100,000

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementerian itu yakin Perodua akan dapat mencapai sasaran tersebut menjelang akhir 2025.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai kenderaan mampu milik.

"Perodua telah berbincang dengan MITI, dan kami optimis dengan rancangannya untuk mencapai sasaran tersebut menjelang akhir 2025,” katanya selepas Pelancaran JAC Motors Brand pada Isnin.

Sehingga September 2024, hampir 16,000 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) didaftarkan di Malaysia, melebihi kira-kira 13,000 unit yang didaftarkan sepanjang 2023.

Dalam tempoh tiga bulan, 565 pengecas baharu telah ditambah, menjadikan jumlah keseluruhan stesen pengecas awam kepada hampir 3,200 pada akhir September.

"Kita menyasar untuk mempunyai 10,000 pengecas awam, mengurangkan nisbah pengecas EV kepada 1:9 menjelang akhir 2025,” katanya.

industri automotif Malaysia terus menjadi tonggak utama ekonomi negara, menyumbang kira-kira empat peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara setiap tahun.

"Dengan evolusi pesat pasaran EV, Malaysia telah bersedia untuk menguasai sebahagian besar pasaran EV ASEAN, yang diunjurkan mencecah AS$2.7 bilion (AS$1=RM4.29) menjelang 2027,” katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. "Pelaburan Hyundai ini akan…
Berita Domestik
"Pertumbuhan luar biasa ini bukan sahaja menandakan peningkatan minat pengguna kita tetapi juga…
Berita Domestik
"Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini, setakat ini…