MITI PERJELASKAN ISU KILANG GOODYEAR DITUTUP

oleh Firdaus Razani|
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul Tengku Aziz menjelaskan melalui akaun rasmi X beliau, bahawa Goodyear telah memberi jaminan akan beri pampasan lebih tinggi daripada yang ditetapkan di bawah undang-undang.
AION MREC Banner Campaign May 2024

MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia untuk memudahkan penempatan pekerjaan.

Daripada perkara tersebut, ia akan menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula kepada mereka yang terkesan.

Jelas beliau juga, syarikat tersebut juga sedang bekerjasama dengan Proton dan beberapa syarikat lain untuk menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai.

 

goodyear

 

Beliau turut menjelaskan mengapa kilang Goodyear tersebut akan ditutup, hal ini kerana syarikat tersebut menyasarkan pengurangan kos sehingga USD1 bilion setahun menjelang 2025.

Oleh itu, kilang tayar di Shah Alam tersebut adalah sebahagian yang terkesan daripada langkah pengurangan kos yang diambil.

Bukan sahaja kilang di Shah Alam sahaja terkesan, malahan dua kilang tayar di Jerman turut terkesan melibatkan sehingga 1,750 pekerja serta  sebuah kilang tayar di UK juga bakal ditutup.

Jelas beliau lagi, akan ada syarikat yang akan gulung tikar dan syarikat baru yang dibuka dan itu menjadi cabaran MITI untuk memastikan lebih banyak pelaburan masuk daripada pelaburan keluar.

Walaubagaimanapun, beliau turut mengumumkan bahawa sebanyak RM329.5 bilion pada tahun lepas yang diluluskan dan ia merupakan tertinggi dalam sejarah.

Perkara tersebut membuktikan keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia.

Hingga kini, terdapat 5,310 projek telah diluluskan dan bakal menjana hampir 130,000 pekerjaan.

Dalam sektor pembuatan sahaja, 63 peratus daripada pelaburan diluluskan adalah daripada perniagaan sedia ada yang mengembangkan operasi mereka.

SUMBER : AKAUN X @tzafrul_aziz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri MITI Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian masih lagi mengekalkan sasaran 10,…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…