Mitsubishi bina kilang kenderaan di Bangladesh

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi Motors akan membina sebuah kilang pemasangan kenderaan di Bangladesh dalam usaha untuk mengembangkan sayapnya di Asia Tenggara.

Syarikat automotif Jepun itu telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Bangladesh Steel and Engineering Corporation (BSEC) dan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan peluang perniagaan untuk membuat keputusan muktamad pembinaan kilang tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Mitsubishi memang dipasang di Bangladesh sejak tahun 1977 dengan menggunakan pemasang kontraktor Pragoti Industries, milik BSEC. Antara model yang pernah dipasang di sana ialah Pajero Sport dan model-model lain.

Dalam tahun 2020, Mitsubishi telah menjual sebanyak 1,700 kenderaan di sana dan 200 unit adalah unit CKD. Permintaan untuk kenderaan baharu di Bangladesh tidak begitu tinggi kerana ramai yang lebih suka membeli kenderaan terpakai.

Namun begitu, Mitsubishi masih memegang pasaran jualan kenderaan baharu tertinggi di Bangladesh.

Mitsubishi merancang untuk memasarkan lebih banyak produk-produk untuk Asia Tenggara dan juga jualannya di Mexico dan Afrika. Sekarang ini Mitsubishi mempunyai pusat pemasangan kenderaan di lima negara Asean, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…