Mitsubishi Colt 2024 mendarat di Eropah - kembar Renault Clio

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, berbeza di pasaran ASEAN, Mitsubishi akan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menawan pasaran Eropah, dengan menjual model versi tukar lencana daripada rakan sepakatannya Renault.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model kedua yang dilancarkan baru-baru ini merupakan Mitsubishi Colt 2024, di mana sekali pandang anda sudah boleh mengagak ia sebenarnya kembar kepada Renault Clio facelift.
 

Colt


Hanya ada beberapa perubahan kecil seperti rekaan jeriji, bampar dan unit lampu, sementara rekaan keseluruhan luar dan dalaman dilihat menyamai model hatchback yang berasal dari Perancis itu.

Mitsubishi Colt 2024 turut berkongsi enjin yang sama dengan Clio, di mana versi asas mendapat nadi tiga silinder 1.0 liter NA menghasilkan 66 hp dan 95 Nm, sementara versi turbo pula berupaya menjana 90 hp dan 160 Nm.
 

Colt


Versi tertinggi dilengkapi dengan enjin 1.6 liter hibrid dengan output gandingan 141 hp (enjin - 148 Nm, motor elektrik 205 Nm), di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 9.3 saat.

Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j untuk versi hibrid dan turbo, sementara versi NA pula hanyalah sekitar 160 km/j sahaja.

 

Colt


Untuk versi asas, transmisi manual lima kelajuan disediakan, atau enam nisbah kelajuan untuk varian turbo, sementara versi hibrid mendapat trasmisi automatik, pek bateri 1.2 kWh dan sistem pemulihan tenaga brek.

Masuk ke dalam ruang kabin, anda akan dapat melihat kehadiran skrin sentuh bersaiz tujuh inci (atau naiktaraf menjadi 9.3 inci), slot pengecasan USB, pengecasan peranti tanpa wayar, serta skrin kluster tujuh inci (atau 10 inci dengan tambahan kos).

 

Colt


Ciri moden lain termasuklah roda stereng dengan fungsi pemanas, kamera 360 darjah, fungsi pemanas cermin sisi, serta unit lampu bi-LED.

Produksi Mitsubishi Colt akan bermula pada September ini, dan pelancaran dijadualkan berlangsung pada musim luruh nanti.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…
Berita Global
Serentak dengan itu, Mitsubishi turut mendedahkan imej acah model Colt yang bakal muncul pada tahun…