Model EV yang akan dibekalkan kepada Mitsubishi Motors sebagai model OEM ini akan dibangunkan oleh Foxtron dan dikeluarkan di Taiwan oleh Yulon Motor Co., Ltd.
Model ini dijadualkan untuk diperkenalkan di rantau Oceania (Australia dan New Zealand) pada separuh kedua tahun 2026.
Kedua-dua syarikat tidak mengumumkan model spesifik dan beberapa laporan merujuknya kepada Foxtron Model B.
Model ini sebahagian daripada pelan produk yang telah diumumkan pada 2024 untuk Australia dan akan berterusan sehingga tahun 2030.
Berdasarkan MOU ini, Mitsubishi Motors dan Foxtron akan meneruskan perbincangan untuk mencapai perjanjian yang lebih konkrit.
Satu lagi perkembangan menarik apabila Mitsubishi turut mengumumkan sebuah lagi kerjasama.
Kali ini bersama ahli Alliance iaitu Nissan untuk model serba baharu Mitsubishi yang dibangunkan berasaskan platform LEAF generasi baharu.
Model ini akan diperkenalkan ke pasaran Amerika Utara pada separuh kedua tahun 2026.
Mitsubishi pula akan membekalkan model OEM hibrid plug-in (PHEV) kepada Nissan untuk pasaran Amerika Utara pada tahun yang sama.
Mitsubishi sebenarnya giat bekerjasama, di Eropah Mitsubishi menjenamakan semula model Renault untuk Colt, ASX, Grandis dan SUV EV baharu.
Ciri-ciri Foxtron Model B
- Crossover elektrik segmen-B yang dibangunkan dari platform Model C.
- Direka oleh Pininfarina
- Reka bentuk S-duct (Saluran udara berbentuk "S" untuk aerodinamik kenderaan).
- Bumbung diperkemas (streamlined roof).
- Tirai udara (air curtain) inovatif pada tiang-D.
- Pekali seretan: 0.26.
- Panjang 4.3 meter dengan jarak roda 2.8 meter (ruang dalaman yang luas).
- Dilengkapi dengan skrin melintang 15.6 inci.
- Versi pengeluaran dijangka bermula pada tahun 2025.
- Menggunakan seni bina EEA (Electrical/Electronic Architecture) terpusat generasi baharu.
- Pilihan ciri: IVI (maklumat hibur dalaman kenderaan) 15.6 inci, cermin pandang belakang digital elektronik, lampu depan pintar Matrix LED, kunci digital UWB (Ultra-Wideband).
Ciri-ciri Nissan LEAF baharu
- Direka semula sebagai crossover yang anggun dan luas, sesuai untuk keluarga.
- Menampilkan peningkatan ketara dalam aerodinamik.
- Menggunakan seni bina EV yang lebih canggih.
- Akan ditawarkan dengan roda aloi 19 inci dan panoramic moonroof (yang pertama untuk LEAF).
- Untuk pasaran Amerika Utara, dilengkapi dengan port pengecasan NACS (yang pertama untuk EV Nissan), memberikan akses mudah ke rangkaian Tesla Supercharger.
- Dibina di atas platform modular CMF-EV Nissan (yang pertama kali digunakan pada Ariya).
- Dijangka menawarkan peningkatan jarak pemanduan yang signifikan berbanding generasi sebelumnya melalui pengurusan tenaga yang cekap, pakej yang diperkemas, dan trenkuasa EV 3-dalam-1 baharu Nissan.
Kerjasama dengan Renault di Eropah
- Hatchback kompak 5 pintu yang dibangunkan berdasarkan platform CMF-B dari Renault (berasaskan Renault Clio generasi kelima).
- Pilihan enjin hibrid (HEV) dan enjin petrol.
-
SUV kompak yang juga dibangunkan menggunakan platform CMF-B dari Renault (berasaskan Renault Captur generasi kedua).
Mitsubishi Grandis Baharu
- Kembali hadir sebagai SUV kompak segmen-C yang dibangunkan untuk pasaran Eropah.
- Pilihan hibrid ringan (MHEV) dan HEV.
- Model ini dijangka berkongsi platform dengan Renault Symbioz.
- Pelancaran dijadualkan pada Julai 2025.
SUV Baharu (Nama Belum Diumumkan)
- SUV EV dilancarkan selepas Grandis pada tahun 2025.
- Model ini dijangka diasaskan dari Renault Scenic E-Tech.
Latar Belakang Hon Hai Technology Group (Foxconn) dan Foxtron
Hon Hai Technology Group (Foxconn) ditubuhkan pada tahun 1974 dan bermula sebagai pengeluar acuan.
Syarikat berkembang menjadi gergasi pembuatan dan perkhidmatan teknologi global.
Foxtron Vehicle Technologies ditubuhkan pada tahun 2020 untuk memasuki pasaran EV.
Syarikat menawarkan keupayaan penuh dalam reka bentuk, pembangunan, dan pengesahan kenderaan.
Foxtron menggunakan model perniagaan CDMS (Model Perniagaan Reka Bentuk dan Pembuatan Kontrak).
Model-Model Kenderaan Foxtron:
- Model A (Van Kompak / MPV - Konsep untuk B2B)
- Model B (Kereta elektrik segmen-B / Crossover Kompak) - Akan dikeluarkan sebagai OEM Mitsubishi di Oceania pada separuh kedua 2026.
- Model C (SUV Saiz Sederhana) - Telah memasuki pengeluaran besar-besaran pada November 2023 dan dijual di Taiwan sebagai Luxgen n7.
- Model D (Kenderaan Pelbagai Guna / MPV & Crossover SUV)
- Model E (Sedan Mewah Flagship)
- Model N (Van Elektrik / Kenderaan Komersial Ringan)
- Model T (Bas Bandar) - Telah memasuki pengeluaran besar-besaran pada Jun 2022 dan telah dihantar kepada pengangkutan awam di Taiwan.
- Model U (Bas Elektrik Saiz Sederhana)
- Model V (Pikap Elektrik)
Penulis: Muhammad Md Tajudin /Kredit gambar: Nissan, Foxconn, Foxtron