Penawaran yang ada pada Delica tersebut mungkin bukan untuk cita rasa semua orang, jadi Mitsubishi membuat keputusan untuk menawarkan sebuah lagi Delica bersaiz kecil - atau lebih tepat lagi kei car yang digelar sebagai Delica Mini.
Dari segi luaran, Delica Mini ini membawakan elemen rekaan Dynamic Shield yang lebih ranggi, serta unit lampu utama dengan DRL yang mengingatkan kita kepada model Defender.
Ia membawakan kemasan dua tona dengan bahagian seksyen bawah dicat hitam, diikuti dengan pemasangan skid plate stail aluminium pada bampar depan dan bahagian sisi kereta.
Terdapat juga rel bumbung untuk memudahkan anda membawa barang yang berlebihan.
Bahagian belakang pula menampilkan unit lampu LED yang menegak, sebelum dikemaskan dengan pemasangan spoiler bumbung, serta kemasan skit plate aluminium pada bampar belakang.
Mitsubishi mengesahkan Delica Mini ini bakal ditawarkan dengan sistem hibrid, serta sistem pacuan semua roda 4WD.
Mitsubishi Delica Mini bakal masuk fasa produksi menjelang pertengahan 2023, dan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Jepun.