Mitsubishi eK Wagon, eK X mula dijual di Jepun, harga dari RM48k

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika hari sudah, kita sudah pun melihat Nissan Dayz, kali ini kita melihat pula kembarnya dari rakan sepakatan, iaitu Mitsubishi eK.

Baca: Nissan Dayz - kerjasama antara Nissan dan Mitsubishi

Sebagaimana kita semua maklum, Mitsubishi eK ini merupakan kei-car yang dibangunkan bersama Nissan, dan seperti Nissan Dayz, ia turut hadir dalam dua varian utama iaitu eK Wagon dan eK X. 
 


Perbezaan ketara antara kedua-dua model ini sudah pasti reka bentuk front fascia yang dibawakan. 

Tidak seperti eK Wagon yang sangat sopan santun (dan gril hadapan berbentuk X), eK X membawakan rekaan Dynamic Shield yang sinonim dengan jenama Mitsubishi, lampu DRL tirus dan elemen crossover. 
 


Berdasarkan undang-undang kei-car yang termaktub untuk pasaran Jepun, Mitsubishi eK didatangkan dengan enjin wajib 660 cc dengan kuasa setinggi 51 hp dan daya kilas 60 Nm. 

Kuasa tersebut kemudian dipadankan dengan pacuan dua roda hadapan dan pilihan pacuan semua roda menerusi transmisi CVT. 
 


Versi eK X pula dipadankan dengan sistem mild-hybrid - menurut Mitsubishi - mampu meningkatkan kuasa prestasi dan penjimatan bahan api. 

Memandangkan Jepun bakal mengetatkan lagi spesifikasi kereta termasuklah segmen kei-car, Mitsubishi melengkapkan eK dengan ciri keselamatan Mi-Pilot yang direka untuk bantuan pemanduan laluan tunggal di lebuhraya. 
 


Antara ciri yang dimaksudkan termasuklah sistem bantuan operasi yang bertindak ke atas brek dan stereng bagi mengurangkan ketegangan dan kepenatan kepada pemandu. 

Manakala ciri-ciri seperti Kawalan Pelayaran Aktif, Bantuan Kekal Laluan, Kawalan Cengkaman, dan ciri Paparan Keliling didatangkan sebagai standard. 

Harga jualan di Jepun pula bermula dari ¥1,296,000 (RM47,735) bagi eK Wagon dan ¥1,414,800 (RM52,111) untuk model eK X yang lebih premium. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…
Berita Global
Tiga daripadanya sudah pun kita ketahui, iaitu kei-car Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi ASX,…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…