Mitsubishi Jepun lancar trim baharu 'Black Edition' untuk Eclipse Cross

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Jepun membawakan kemaskini terhadap model crossover Eclipse Cross selain memperkenalkan trim baharu yang digelar sebagai Black Edition untuk pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti penawaran yang terdapat pada Outlander, Eclipse Cross Black Edition didatangkan dengan kemasan hitam pada beberapa tempat, seperti contoh jeriji, skid plate, skirt sisi dan perumah cermin sisi.
 

EC


Varian hitam ini juga turut dipadankan dengan set rim aloi eksklusif, sementara ruang kabin turut mendapat kemasan trim hitam berkilat dan perak gelap pada bahagian papan pemuka, konsol tengah, panel pintu dan roda stereng balutan kulit.

Antara penambahbaikan untuk model tahun 2023 ini termasuklah operasi bebas tangan untuk pintu tailgate, pemanas pada tempat duduk belakang, serta ciri ADAS My Pilot yang sebelum ini didapati pada model PHEV.
 

EC


Crossover kompak ini masih lagi mengekalkan penawaran trenkuasa yang terdiri daripada enjin petrol 1.5 liter turbo menghasilkan 148 hp dan 240 Nm, sementara varian plug-in hybrid pula mendapat nadi 2.4 liter yang digandingkan dengan motor elektrik berkembar dan pek bateri 13.8 kWh.

Di Jepun, harga jualan bermula dari ¥2,542,100 (RM82,850) untuk versi petrol 2WD, dan mampu melonjak sehingga ¥4,650,800 (RM151,574) untuk varian PHEV 4WD di dalam trim Black Edition yang disebutkan tadi.