Mitsubishi Lancer Evolution III GSR 1995 – Lagenda JDM Era ’90-an Kini Dilelong RM 71K

oleh Qalif Latif|
Sebuah Mitsubishi Lancer Evolution III GSR tahun 1995 kini mencuri perhatian peminat JDM di Amerika Syarikat apabila ia dilelong di laman Cars & Bids tanpa harga simpanan. Untuk kaki kereta Jepun yang membesar dengan dunia WRC, ini antara peluang untuk memiliki ikon rally era ’90-an yang masih kekal berstatus “cult classic”.

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR
Enjin Turbo 4G63 Dengan Nafas Baharu

Di bawah bonetnya terletak enjin 2.0L turbo empat silinder 4G63 yang pernah membantu Mitsubishi menakluk World Rally Championship satu masa dulu. Dalam keadaan asal, Evo III menghasilkan sekitar 260 hp dan 230 lb-ft tork, tapi unit ini telah dinaik taraf sepenuhnya kepada 322 hp dan 264 lb-ft tork.

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR

Antara modifikasi utama termasuk turbo Kinugawa 20G, sistem ekzos Fujitsubo, cold air intake, serta forged internals. Ia turut dilengkapi Southbend Stage 3 clutch, ACT lightweight flywheel, BC Racing coilovers, dan brek slotted & drilled rotors, menjadikan kereta ini bukan sekadar nostalgia, tapi mesin yang benar-benar boleh dikerjakan di jalan raya atau litar.

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR

Rekaan Rally Jepun Tulen

Evo III ini tampil dalam warna Mystic Black dengan rim OZ Racing 15 inci putih asal, manakala rim Rays 15 inci warna gangsa turut disertakan dalam jualan. Ia juga menerima bumbung carbon fiber dan spoiler belakang besar yang menegaskan DNA rally-nya.

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR

Bahagian dalaman masih mengekalkan gaya pemanduan tulen dengan kerusi Recaro bucket, stereng MOMO, dan Haltech boost gauge. Walaupun terdapat sedikit karat di bahagian bawah badan dan kesan usia, ia tetap berada dalam kondisi sangat baik bagi kereta berumur hampir tiga dekad.

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR

Sudah Didaftar Sah di Amerika

Unit ini sudah pun diimport secara sah dan memiliki tajuk pemilikan rasmi di Amerika Syarikat, jadi pembeli tak perlu lalui proses rumit membawa masuk kereta JDM dari Jepun. Menariknya, harga bidaan semasa baru mencecah USD 15,000 (lebih kurang RM71,500), jauh di bawah purata pasaran sekitar USD 25,000, menurut data Classic.com.

1995 Mitsubishi Lancer Evolution III GSR

Bidaan akan ditutup pada 3 November, menjadikan ini peluang emas buat pengumpul atau peminat JDM yang mahukan Evo III tulen dengan karakter dan sejarah rally sebenar, tanpa perlu membayar harga enam angka.

Sumber: Autoblog – 1995 Mitsubishi Lancer Evolution III For Sale