Mitsubishi Malaysia catat angka jualan 1,872 unit bulan April 2021, tertinggi di dalam sejarah!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia mencatatkan rekod jualan paling tinggi di dalam sejarah, iatu 1,872 unit bagi tempoh bulan April 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Momentum jualan yang dibina sejak Januari lalu memperkukuhkan lagi kedudukan Mitsubishi di dalam kelompok tiga teratas kategori jenama bukan nasional selama empat bulan berturut-turut.

Seperti yang dijangka, Mitsubishi Xpander kekal menerajui segmen MPV bukan nasional sejak Januari dengan lebih 10,000 tempahan yang telah diterima.

Untuk bulan April, Mitsubishi telah berjaya mengedar 982 unit Xpander, 52 peratus daripada jualan bagi tempoh tersebut, dan sejak dilancarkan 3,800 unit telah pun berjaya dihantar kepada para pemilik di Malaysia.

 


Sementara itu, trak pikap Mitsubishi Triton juga turut mengekalkan pegangan kukuh 20 peratus di dalam segmen tersebut dan menjadi pilihan kegemaran walaupun menerima persaingan yang sihat daripada model trak pikap yang baharu sahaja dilancarkan tahun ini.

Sebanyak 680 unit Triton telah pun dijual dan daripada jumlah tersebut 142 unit Triton Athlete telah pun berjaya diedarkan kepada para pemilik masing-masing.

Menurut Tomoyuki Shinnishi selaku CEO MMM menjelaskan, "walaupun terdapat penurunan prestasi di dalam sektor ekonomi, kami berasa amat lega untuk melihat prestasi jualan kekal optimis dan terus bergerak ke arah yang lebih positif.

"Kami sedar sebilangan besar pelanggan mahu membeli kenderaan mereka sebelum pengecualian cukai SST tamat pada Jun ini. Walaupun menghadapi cabaran kekangan bekalan, Mitsubishi Motos akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan kami.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…