Mitsubishi Malaysia derma sistem solar kepada komuniti Orang Asli

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia baru-baru ini menjalankan inisiatif tanggungjawab sosial dengan menderma sistem solar berkuasa tinggi kepada komuniti Rumah Adat Orang Asli menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan Global Peace Foundation.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah kekurangan akses kepada sumber tenaga elektrik mampu meningkatkan risiko kesihatan, perbelanjaan tenaga yang mahal serta impak negatif kepada alam sekitar.

Kebanyakan masyarakat Orang Asli akan menggunakan unggun api sebagai sumber cahaya di mana ia mampu meningkatkan risiko kesihatan dan kebakaran, memandangkan rumah dan ruang komuniti mereka menggunakan sumber hutan yang mudah terbakar, seperti kayu buluh.

Dengan adanya sistem solar ini, ia mampu menjana kuasa elektrik kepada rumah dan komuniti Orang Asli selain mampu mengelakkan risiko kesihatan disebabkan oleh penggunaan unggun api bagi menerangi kegelapan malam.
 

MMM


Menurut Naib Presiden Kanan Mitsubishi Motors Malaysia, Arba Rahman berkata, "sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia, kami mahu melihat rakyat Malaysia malah masyarakat pribumi menjalani kehidupan yang belbih baik.

"Dengan sistem solar berkuasa tinggi ini, kami dapat membekalkan komuniti Orang Asli akses yang berpatutan dan sumber tenaga yang diperbaharui yang mampu meningkatkan produktiviti - membolehkan projek komuniti dapat diteruskan selepas matahari terbenam, selain meminimumkan risiko kesihatan dan impak kepada alam sekitar daripada penggunaan tenaga yang sukar diperbaharui, dan akhir sekali mengurangkan perbelanjaan tenaga daripada membeli sumber tenaga yang mahal dan tidak mampan," jelasnya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…