Daripada jumlah tersebut, 7,397 unit merupakan crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander sekaligus menobatkan model tersebut sebagai crossover nombor satu paling laris di Malaysia.
Untuk tempoh yang sama, Mitsubishi telah berjaya menjual sebanyak 9,268 unit trak pikap Triton, atau 34 peratus lebih banyak jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2020.
Menurut Shinya ikeda, CEO Mitsubishi Motors Malaysia berkata, "meskipun berhadapan dengan cabaran COVID-19, kami berterima kasih kepada para pelanggan kerana kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap jenama Mitsubishi Motors.

"Mitsubishi Xpander berjaya mencapai rekod penjualan yang amat kuat, terima kasih kepada lanjutan tempoh pengecualian cukai oleh kerajaan, dan kami sedang berusaha untuk meningkatkan angka produksi bagi model Xpander untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Prihatin dengan situasi semasa, Mitsubishi Motors turut menawarkan diskaun 30 peratus ke atas alat ganti tulen, serta diskaun 50 peratus ke atas kos buruh untuk pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir tempoh hari sehingga 20 Januari ini.
Selain itu, pemilik juga ditawarkan khidmat tunda secara percuma, dan mereka boleh mendapatkan bantuan ini menerusi talian Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di 1-800-88-2166.
Manakala pemilik yang menggunakan bantuan daripada perlindungan insurans dan tidak menggunakan khidmat MA24 boleh mendapatkan rebat bernilai sehingga RM300.