Dikhususkan untuk para pelanggan di sekitar Lembah Klang, perkhidmatan ini menawarkan pilihan penghantaran terus ke depan pintu rumah tanpa memerlukan pemilik hadir sendiri ke pusat pameran untuk tujuan penyerahan.
Dengan pelancaran ini juga, MMM telah menjadi salah satu daripada syarikat automotif yang menawarkan kitaran pembelian dalam talian yang lengkap, bermula dari Virtual Viewing, Test Drive 2U, Booking Assist Up sehinggalah kepada Home Delivery.

Menurut CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi menjelaskan, buat masa ini perkhidmatan penghantaran Home Delivery akan ditawarkan di Lembah Klang, dan bakal diperluaskan penawarannya ke kawasan lain dalam masa terdekat.
Perkhidmatan Home Delivery ini hanya sah kepada pelanggan yang telah berjaya menempah dan mendaftarkan sebuah kenderaan Mitsubishi dalam talian menerusi laman web Mitsubishi Online Service di https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/
Selain itu, bermula sekarang hingga 31 Disember 2021, pelanggan yang telah berjaya menempah dan mendaftarkan sebuah Mitsubishi Trition dengan kod promo 4SUREBELI menerusi Mitsubishi Online Showroom akan menerima jaket edisi terhad daripada North Face.