Mitsubishi MI-Tech Concept - SUV kecil EV dengan penjana turbin gas!

oleh Mohamad Hanif|
Jerayawara Mitsubishi di Tokyo Motor Show 2019 tahun ini bakal meriah dengan kehadiran bukan satu, akan tetapi dua buah model konsep baharu buat kali pertama kepada dunia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sebelum ini, Mitsubishi telah mendedahkan sekeping gambar acah - yang kemudian dikenali dengan nama MI-Tech Concept - sebuah SUV kecil berkuasa hibrid dengan empat bukaan menyerupai kipas di bahagian belakang. 

 


Menerusi kemas kini terbaharu, difahamkan bahawa empat bukaan tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada sistem penjana turbin gas yang akan dimuatkan pada SUV kecil ini, dan bukan enjin petrol biasa. 

SUV ini juga akan menempatkan sistem plug-in hybrid (PHEV) yang membenarkan mod pemanduan elektrik sepenuh masa dan beberapa mod hibrid bergantung kepada penggunaan. 

Mitsubishi menjamin sistem PHEV dan gandingan penjana turbin gas ini akan memberikan karakteristik prestasi yang lebih berkuasa dan pengagihan kuasa yang lebih lancar kepada sistem pacuan semua roda 4WD. 

 

Penerangan berkenaan sistem penjana gas turbin berfungsi

Sistem pacuan empat roda 4WD pula menggunakan khidmat empat motor elektrik yang digelar sebagai "Quad Motor with Dual Motor AYC (Active Yaw Control)" bagi memberikan pengendalian yang lebih berkesan di atas jalan raya mahupun off-road. 

Penggunaan bahan ringan gentian karbon juga boleh dilihat pada beberapa bahagian seperti arca roda, manakala lampu LED hadapan dan belakang dilihat mengikuti bahasa rekaan yang dibawakan oleh Mitsubishi masa kini. 

Tidak dilupakan, ciri teknologi termaju yang turut dilengkapkan seperti antaramuka mesin manusia (Human Machine Interface, HMI), sistem bantuan pemanduan aktif serta sistem keselamatan aktif bagi memastikan keselamatan pemandu dan juga penumpang. 
 


Selain daripada model konsep MI-Tech, Mitsubishi juga akan turut memperkenalkan model konsep kei-car Super Height K-Wagon -

Super Height K-Wagon merupakan kei car generasi baharu yang menawarkan ruang dalaman yang luas, elemen SUV, dan teknologi bantuan pemanduan MI-Pilot. 
 


Pengunjung acara Tokyo Motor Show 2019 juga akan turut disajikan dengan pameran model konsep seperti Mitsubishi Engelberg Tourer, Delica D:5, eK Cross, dan juga konsep rumah masa hadapan V2H (Vehicle-to-House) Dendo Drive House (DDH).

Konsep DDH ini merangkumi kenderaan elektrik (EV), penyesuai V2H, panel solar serta sistem storan bateri domestik yang menggambarkan gaya hidup masa hadapan kita semua. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…